Kesan penambahan rumpai laut, Sargassum polycystum ke atas kestabilan fat bloom coklat

Yip, Karin Kai Yee (2012) Kesan penambahan rumpai laut, Sargassum polycystum ke atas kestabilan fat bloom coklat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001624.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penambahan rumpai laut, Sargassum polycystum ke atas kestabilan mekar lemak coklat di samping membangunkan coklat rumpai laut. Formulasi terbaik ditentukan melalui ujian hedonik iaitu formulasi dua yang mengandungi 10% serbuk rumpai laut adalah paling digemari oleh para panel dengan mencatat nilai min skor yang paling tingggi secara keseluruhannya. Analisis proksimat dijalankan untuk mengetahui kandungan lembapan, lemak, protein, serabut kasar, abu dan karbohidrat yang terkandung di dalam coklat rumpai laut. Kesan daripada keadaan penyimpanan melalui analisis fizikokimia seperti lembapan, asid lemak bebas dan takat lebur menunjukkan pola meningkat sepanjang tempoh penyimpanan selama lapan minggu pada suhu bilik 30.00 ± 1.00oC di mana tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara coklat tanpa rumpai laut dengan coklat rumpai laut. Penilaian deria iaitu ujian perbandingan berganda menunjukkan perbezaan yang ketara selepas penyimpanan selama lapan minggu berbanding dengan yang segar manakala ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa penyimpanan pada suhu rendah adalah lebih sesuai bagi coklat rumpai laut untuk mengekalkan mutu dan kualitinya. Hasil daripada analisis dengan menggunakan mikroskop elektron pengimbasan (SEM) menunjukkan penambahan rumpai laut ke dalam coklat akan memberi kesan terhadap pembentukan mekar lemak di mana ia berlaku dua hari lewat daripada coklat tanpa rumpai laut. Secara kesimpulannya, penambahan rumpai laut memberi kesan dengan tidak ketara disebabkan oleh kandungan peratusan rumpai laut yang rendah. Oleh itu, peratusan rumpai laut dalam kandungan yang lebih tinggi daripada 10% adalah digalakkan untuk digunakan dalam kajian seterusnya untuk mendapatkan kesan yang lebih jelas.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: supplementing seaweed, Sargassum polycystum, fat bloom, seaweed chocolate, Scanning Electron Microscope
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Dec 2013 03:23
Last Modified: 11 Oct 2017 07:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7775

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository