Penentuan kepekatan nitrat dan ammonia dalam tasik SST

Oi, Lee Eng (2005) Penentuan kepekatan nitrat dan ammonia dalam tasik SST. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001663.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan ke atas kepekatan nitrat dan ammonia di tasik berdekatan Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Tujuh stesen pensampelan di tasik, manakala lima effluen yang dikenalpasti menyalurkan air ke dalam tasik. Kaedah penentuan nitrat telah dikenalpasti dengan menggunakan kaedah penurunan Kadmium dengan menggunakan Hach kit (DRJ2000) spektrofotometer, manakala kaedah Phenate dengan mennggunakan UV -Spektrofotometer dipraktikkan dalam penentuan ammonia untuk kesemua stesen dan saluran effluen ke dalam air 1asik. Hasil analisis di makmal menunjukkan bahawa kepekatan purata min bagi parameter nitrat air tasik adalah dalam julat 0.181 - 0.244mgrl, manakala purata min bagi saluran efluen adalah dalam julat 0.186 - 0.298. Penentuan ammonia telah memberi hasil bacaan pada stesen air tasik adalah dalam julat 0.209 - 0.505mgrl, manakala purata min bagi saluran effluent adalah dalam julat 0.297 - 0.434. Berdasarkan kepada Interim National Water Quality Standards (INWQS), tasik UMS dikelaskan sebagai kelas IV yang sesuai untuk tujuan pertanian. Perbandingan telah dibuat dengan menggunakan Surface Water Quality di bawah Enhancement and Conservation of National Environmental Quality Act 1992 dan tasik UMS dikelaskan sebagai kelas IV yang sesuai untuk kegunaan industri. Kepekatan bagi kedua-dua nitrat dan ammonia di tasik adalah tidak melebihi piawaian untuk tujuan air minum merujuk kepada WHO. Selain itu, air tasik SST juga tidak sesuai untuk hidupan akuatik. Walaubagaimanapun, hanya ammonia dan nitrat dikaji dalam kajian ini. Penilaian ke atas status kualiti air tasik perlu mempertimbangkan parameter kualiti air yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: nitrate, ammonia, cadmium reduction method, Hach kit (DR/2000), UV-spectrophotometer, Surface Water Quality, lake water
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Dec 2013 01:51
Last Modified: 10 Oct 2017 06:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7831

Actions (login required)

View Item View Item