Sikap dan amalan dietari subjek lebih berat atau obes selepas kaunseling pemakanan

Lee , Pei Lin (2012) Sikap dan amalan dietari subjek lebih berat atau obes selepas kaunseling pemakanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
1822Kb

Abstract

Obesiti adalah satu masalah kesihatan awam yang mengalami peningkatan epidemik di seluruh dunia. Banyak kajian melaporkan kaunseling pemakanan dapat mengubah cara pemakanan seseorang serta mengurangkan berat badan yang berlebihan dan mengekalkan berat badan dalam julat yang sihat, namun mereka lebih fokus pada kanak-kanak dan pesakit kencing manis. Oleh demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan kaunseling pemakanan di kalangan dewasa yang sihat dan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi subjek dalam pengurusan berat badan. Seramai 38 subjek yang berumur 20-25 tahun dari Universiti Malaysia Sabah telah digunakan melalui persampelan bertujuan. Pembolehubah yang dikaji adalah: berat badan, peratus lemak badan, pola dietari pemakanan dan faktor lain. Setiap subjek menghadiri 4 sesi kaunseling pemakanan dalam 10 minggu. Topik termasuk adalah memahami saiz hidangan makanan yang diperlukan, mengurangkan pengambilan lemak, tabiat pemakanan yang sihat secara praktikal, cara membaca label makanan. Penemuan utama dari hasil kajian ialah: (1) jumlah skor sikap dan amalan pemakanan telah meningkat dengan ketara (min 6.237 ±4.686, p<0.001); (2) hanya 26.3% subjek mencapai sasaran penurunan 5% berat badan asal mereka, namun secara keseluruhan, 78.9% iaitu seramai 30 subjek berjaya menurunkan berat badan mereka dengan kadar min -2.3816 ± 2,46 (s.p.) kg dalam 10 minggu intervensi ini; (3) faktor kegagalan subjek mencapai sasaran penurunan 5% berat badan asal adalah bermotivasi rendah, gagal meningkatkan fizikal aktiviti dan tidak dapat mengurangkan saiz hidangan makanan mereka. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya kerana hipotesis kajian telah dicapai kerana jumlah skor sikap dan amalan pemakanan subjek telah meningkat dengan ketara selepas 10 minggu intervensi.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:obesity, body weight, diabetes, dietary habit, intervention, eating habit, nutrition counseling
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7837
Deposited By:IR Admin
Deposited On:19 Dec 2013 09:31
Last Modified:19 Dec 2013 09:31

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository