Pembangunan snek labu ( Cucurbita moschata)

Chew , Chia Ling (2012) Pembangunan snek labu ( Cucurbita moschata). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2075Kb

Abstract

Kajian ini dilakukan sebagai satu usaha untuk membangunkan produk berasaskan sayuran. Sebanyak sembilan formulasi dihasilkan dengan penyusunan dalam reka bentuk blok seimbang tidak lengkap untuk ujian penilaian sensori pemeringkatan. Tiga formulasi terbaik yang diperolehi melalui ujian penilaian sensori pemeringkatan ialah formulasi P3, P5 dan P9. Formulasi P3 merupakan formulasi terbaik yang mengandungi 35% puri labu dan 28% biji labu dalam ujian penilaian sensori hedonik dengan skor min tertinggi (5.40±0.98) berdasarkan penerimaan keseluruhan terbaik termasuk atribut lain yang merangkumi warna, rasa snek, kemasinan dan keranggupan. Produk snek labu mengandungi 4.20±0.09% lembapan, 3.01±0.16% abu, 3.55±0.22% serabut kasar, 6.64±1.03% protein, 34.13±0.83% lemak dan 48.47±2.33% karbohidrat. Produk snek labu memerlukan daya 326.57 ± 4.56 9 untuk dipecah dan warnanya ialah jingga. Produk snek labu disimpan dalam plastik polipropilena (PP) pada suhu 25±5°C selama 20 hari. Kajian mikrobiologi, kandungan lambapan, aktiviti air dan ujian penilaian sensori perbandingan berganda telah dilakukan sepanjang tempoh penyimpanan. Terdapat peningkatan yang signifikan (p<0.05) terhadap kandungan lembapan dan aktiviti air sepanjang tempoh penyimpanan. Ujian mikrobiologi menunjukkan snek labu masih selamat untuk dimakan pada hari ke-20 tempoh penyimpanan. Keputusan ujian penilaian sensori perbandingan berganda menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) untuk sampel simpanan. Kajian pengguna menunjukkan 94% pengguna setuju dengan penggunaan labu dalam snek dan 76% pengguna akan membeli produk ini sekira dipasarkan. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa tahap penerimaan snek labu yang dihasilkan adalah memuaskan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:vegetable, snack, pumpkin, level of acceptance, incomplete block design, hedonic test, Cucurbita moschata
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7838
Deposited By:IR Admin
Deposited On:19 Dec 2013 09:28
Last Modified:19 Dec 2013 09:28

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository