Parameter terbaik pemprosesan bagi penghasilan serbuk cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor caju)

Nadiah Ismail, (2012) Parameter terbaik pemprosesan bagi penghasilan serbuk cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor caju). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001685.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan parameter terbaik pemprosesan serbuk cendawan Tiram Kelabu (plerutus Sajor-caju). Beberapa proses terbaik dipilih dan dikaji untuk menentukan sifat fizikokimia, prosimat dan mineral yang terdapat dalam serbuk Cendawan Tiram Kelabu tersebut. 7 proses terbaik ditentukan berdasarkan jenis pengeringan, suhu dan masa yang diperlukan untuk mencapai 14 peratus kelembapan. Pengeringan dibawah matahari (F1), pengeringan kabinet pada suhu (50°C=F2, 60°C=F3 dan 70°C=F4) manakala pengeringan vakum (50°C=FS, 60°C=F6 dan 70°C=F7). Keputusan yang diperolehi mendapati terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) kandungan protein antara proses terbaik dan perbezaan yang tidak signifikan (p>0.05) untuk kandungan lemak, serabut kasar, karbohidrat dan abu. Analisis fizikokimia juga menunjukan terdapat signifikan (p<0.05) untuk peratus perolehan, kapasiti pemegangan air dan warna manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) untuk indeks gelembung. Kandungan mineral juga tidak menunjukkan nilai yang signifikan (p>0.05) untuk semua proses pengeringan disebabkan oleh suhu tidak mempengaruhi kandungan mineral dalam serbuk cendawan Tiram Kelabu. Daripada kajian ini, didapati parameter penghasilan serbuk cendawan Tiram Kelabu F2 (kabinet 50°C) paling baik kerana dapat menjaga nilai protein, warna dan peratus perolehan serbuk cendawan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: gray oyster mushroom, plerutus sajor-caju, drying method, temperature, time, protein, color
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Dec 2013 03:10
Last Modified: 10 Oct 2017 07:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7864

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository