Potensi in vitro air kelapa muda dalam peneutralan asid-asid yang hadir dalam makanan

Lee , Karen Yii Ping (2012) Potensi in vitro air kelapa muda dalam peneutralan asid-asid yang hadir dalam makanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2602Kb

Abstract

Eksperimen ini dikendalikan untuk mengkaji potensi air kelapa muda varieti MAWA dalam peneutralan asid benzoik dan asid oksalik yang hadir dalam makanan secara in vitro. Air kelapa muda dijadikan bahan kajian kerana pengambilan diet nyahtoksik giat dipromosikan kebelakangan ini. Diet harian manusia adalah terdedah kepada pengambilan asid-asid yang hadir secara semula jadi mahupun yang ditambahkan dengan sengaja oleh pengusaha makanan. Pengambilan asidasid dalam dos yang terlampau menjejaskan kesihatan mahupun membawa maut. Lowest Published Toxic Dose (TDLo) bagi asid benzoik ialah 500 mg/kg berat badan manakala Lowest Published Lethal Dose (LDLo) ialah 1700 mg/kg berat badan. TDLo bagi asid oksalik ialah 100 mg/kg berat badan manakala LDLo ialah 600 mg/kg berat badan. Sistem pencernaan in vitro diasimilasikan kerana dos asid yang digunakan akan membawa maut kepada subjek manusia jika dikendalikan secara in vivo. Tujuh set eksperimen dikendalikan bagi setiap asid yang terdiri daripada satu set kawalan negatif, tiga set kawalan positif dengan kepekatan asid yang mencetuskan simptom dan maut, empat set rawatan dengan air kelapa muda varieti MAWA. Eksperimen dikendalikan secara duplikat. Potensi peneutralan asid asid dikaji dengan pengiraan peratusan pengurangan pH semasa beralih dari kompartmen mulut ke perut dan kepekatan akhir asid-asid dengan instrumen HPLC digunakan sebagai parameter penyukatan. Dari aspek penentuan peneutralan dengan peratusan penurunan pH, penambahan air kelapa sebanyak 25 mL dan 50 mL tidak menunjukkan kesan yang signifikan pada nilai p < 0.05 terhadap asid benzoik dan asid oksalik. Penambahan 50 mL air kelapa muda ke atas asid benzoik 0.5 mg/mL telah menurunkan pH sebanyak 18.86 ± 1.10% manakala menurunkan pH asid oksalik 0.1 mg/mL sebanyak 19.81 ± 1.81%. Apabila kepekatan akhir asid-asid dikaji, penambahan air kelapa tidak memberikan kesan peneutralan yang signifikan kepada asid benzoik tetapi memberikan kesan peneutralan signifikan kepada asid oksalik apabila diuji pada nilai p < 0.05. Kehadiran 25 mL air kelapa muda memberikan peratusan pengurangan kepekatan asid oksalik 0.1 mg/mL sebanyak 95.88±3.97%. Secara kesimpulannya, air kelapa muda varieti MAWA berpotensi meneutralkan asid oksalik berkepekatan awal 0.1 mg/mL tetapi tidak untuk asid benzoik pada kepekatan yang diuji.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:in vitro, young coconut water, neutralization, food acid, detoxification, daily food intake, benzoic acid
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7888
Deposited By:IR Admin
Deposited On:26 Dec 2013 13:39
Last Modified:26 Dec 2013 13:39

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository