Pembangunan jeli pektin minyak kelapa dara berperasa nanas

Norulasikin Nawi, (2012) Pembangunan jeli pektin minyak kelapa dara berperasa nanas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001700.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Produk konfektionari jeli pektin berasaskan minyak kelapa dara berperasa nanas telah dibangunkan. Formulasi untuk jeli tersebut adalah terdiri daripada 4 formulasi di mana pengubahsuaian dari segi kuantiti minyak kelapa dara (1%, 2%, 3%, dan 4%) dan air (54%, 53%, 52%, 52%) dilakukan sementara bahan-bahan yang lain telah dimalarkan. Formulasi F2 telah dipilih melalui ujian hedonik yang dilakukan oleh para panel yang mengandungi 2% minyak kelapa dara, 53% air, 16,43% sirap glukosa, 25.67% gula pasir, 1.19% pektin, 0.98% asid sitrik, 0.35% perasa nanas, dan 0.38% pewarna kuning. Analisis proksimat menunjukkan jeli ini mengandungi 18.10%±0.01 kandungan lembapan, 0.34%±0.01 kandungan abu, 0.67%±0.01 kandungan protein, 0.03%±0.01 kandungan serabut kasar, 0.89%±0.02 kandungan lemak dan 79.91 %±0.02 kandungan karbohidrat. Keputusan ujian fizikokimia menunjukkan produk akhir jeli mempunyai nilai pH 3,49±0.03, peratus keasidan 0.82%±0.01, dan jumlah pepejal terlarut sebanyak 65.5±0.70. Setelah 6 minggu penyimpanan, nilai pH menurun menjadi 3.32±0.01, peratus keasidan bertambah menjadi 0.91 %±0.04, manakala jumlah pepejal terlarut bertambah menjadi 69.5%±0.70. Analisis mikrobiologi juga menunjukkan bacaan 3.0x102 CFU/ml kiraan kulat dan yis setelah 6 minggu penyimpanan dan menunjukkan bahawa ia masih selamat dimakan setelah disimpan selama 6 minggu. Kajian pengguna menunjukkan 98% daripada 100 responden suka akan produk ini manakala 2% tidak suka. 85% daripada mereka akan membeli produk ini sekiranya ia dipasarkan, 13% responden mungkin akan membeli manakala 2% lagi tidak akan membeli produk ini. Secara keseluruhannya, produk ini mempunyai potensi yang besar untuk dipasarkan dan mampu memberi banyak kelebihan dari segi kesihatan kepada para pengguna.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: pectin jelly, virgin coconut oil, pineapple flavor, product development
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Dec 2013 03:02
Last Modified: 10 Oct 2017 07:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7889

Actions (login required)

View Item View Item