Kadar pengambilan natrium dan kecenderungan sensori terhadap rasa masin di kalangan pelajar Sekolah Sains Makanan Dan Pemakanan, UMS

Quik , Ling Wei (2012) Kadar pengambilan natrium dan kecenderungan sensori terhadap rasa masin di kalangan pelajar Sekolah Sains Makanan Dan Pemakanan, UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2485Kb

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara pengambilan natrium dan kecenderungan sensori terhadap rasa masin di kalangan pelajar Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seramai 100 orang pelajar telah menyertai dalam kajian ini. Kajian ini adalah dibahagikan kepada dua fasa dimana pada fasa pertama, rekod makanan tiga hari, borang pengambilan kekerapan makanan dan data demografi subjek diambil, manakala pada fasa kedua, subjek dikehendaki mengikut ujian sensori makanan. Dalam fasa kedua kajian, subjek telah diuji ambang rasa masin dengan kaedah 3 alternative forced choice (AFC) digunakan dan seterusnya telah menjalani ujian sensori bagi menilai tahap kesukaan terhadap rasa masin sup ayam. Berdasarkan hasil kajian menunjukkan purata pengambilan natrium subjek adalah sebanyak 2943+ 1219 mg dimana telah melebihi saranan (2400 mg). Purata pengambilan natrium bagi subjek perempuan adalah lebih tinggi (3018+ 1218 mg) berbanding dengan subjek lelaki (2577+1193 mg). Subjek yang berasal dari Sabah mempunyai pengambilan natrium yang paling tinggi (3244+962 mg) berbanding dengan subjek dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Subjek menunjukkan mempunyai nilai purata skor yang semakin meningkat apabila peratusan natrium klorida yang digunakan dalam sup meningkat. Sebanyak 83% daripada subjek dari Sabah menyukai sup ayam yang mempunyai peratusan natrium klorida yang paling tinggi dalam kajian iaitu 0.6%. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p<0.05) antara pengambilan natrium subjek dengan kecenderungan subjek terhadap peratusan natrium yang digunakan dalam sup. Maka, semakin tinggi peratusan natrium yang subjek suka dalam sup ayam, semakin tinggi pengambilan natrium subjek tersebut.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:sodium intake, salty, food sensory test, sodium chloride solution, alternative forced choices
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7921
Deposited By:IR Admin
Deposited On:09 Jan 2014 14:07
Last Modified:09 Jan 2014 14:07

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository