Kajian persepsi dan tahap kepuasan pelajar terhadap kafeteria dalam kampus UMS

Ting , Ang King (2012) Kajian persepsi dan tahap kepuasan pelajar terhadap kafeteria dalam kampus UMS. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]PDF
2482Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan kafeteria dalam kampus UMS. Di samping itu, kajian ini juga mengenalpasti hubungan antara ciri-ciri sosio-demografik responden dengan tahap kepuasan terhadap kafeteria dan mengenalpasti atribut-atribut kafeteria yang mempengaruhi tahap kepuasan pelajar terhadap kafeteria di UMS. Teknik persampelan berstrata berkadaran berdasarkan bilangan pengunjung ke kafeteria di UMS digunapakai. Seramai 400 responden terlibat dan seratus peratus borang soal selidik berjaya dikutip semula. Sebanyak 69.8% pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini dan majoriti pelajar adalah bangsa Melayu (42.3%). Hampir separuh pelajar bagi kajian ini terdiri daripada pelajar tahun pengajian pertama (51%) dan 77% pelajar bergantung kepada PTPTN sebagai sumber kewangan. Majoriti pelajar didapati paling kerap menjamu selera di kafeteria UMS pada waktu tengah hari (70.2%) dan pelajar paling kerap membeli nasi ekonomi dan makanan ala carte semasa menjamu selera di kafeteria UMS. Sebab utama pelajar kerap makan di kafeteria adalah lokasi yang strategik dan senang untuk mendapatkan makanan (37.3%), serta mereka tiada pilihan lain (31.8%). Sebab paling utama pelajar jarang menjamu selera di kafeteria adalah makanan dalam kafeteria UMS didapati tidak sedap (26.8%) dan harga makanan adalah mahal (26.5%). Keputusan kajian ini mendapati terdapat hubungkait antara bangsa, agama, sekolah pengajian dan waktu paling kerap pelajar menjamu selera di kafeteria UMS dengan tahap kepuasan keseluruhan kafeteria UMS (p<0.05). Skor kepuasan diperolehi dengan skor persepsi tolak skor jangkaan bagi setiap atribut dikaji. Hasil kajian mendapati responden paling tidak berpuas hati tentang kecukupan peralatan yang dibekalkan oleh pihak pengusaha kafeteria UMS diikuti oleh kebersihan kawasan kafeteria, harga dan nilai makanan dan minuman, perkhidmatan kafeteria dan kualiti makanan. HasH kajian mendapati tahap kepuasan keseluruhan pelajar adalah 'serdehana' terhadap kafeteria UMS dengan skor min 2.87. Kajian ini telah berjaya mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan ketidakpuasan pelajar terhadap kafeteria dalam kampus UMS. Maklumat yang dikumpul ini boleh dijadikan rujukan kepada pihak pengusaha kafeteria untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan kafeteria dalam kampus UMS.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:satisfaction level, cafeteria, social-demographic characteristic, service
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7932
Deposited By:IR Admin
Deposited On:06 Jan 2014 16:04
Last Modified:06 Jan 2014 16:04

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository