Perbezaan antara pembangunan hasil aiskrim susu kambing dan aiskrim susu lembu berperisa mangga

Soh , Hui Chin (2012) Perbezaan antara pembangunan hasil aiskrim susu kambing dan aiskrim susu lembu berperisa mangga. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2370Kb

Abstract

Objektif utama tesis ini adalah untuk mengkaji tahap kebolehan mengenalpasti antara aiskrim susu kambing dan aiskrim susu lembu dan mengkaji tahap penerimaan terhadap aiskrim susu kambing dengan aiskrim susu lembu melalui sensori ,mengkaji perbezaan komposisi nutrien, fizikokimia dan kandungan mineral antara aiskrim susu kambing dan aiskrim susu lembu serta mengkaji mutu penyimpanan aiskrim susu kambing dan aiskrim susu lembu melalui ujian mikrobiologi. Aiskrim susu kambing dan aiskrim susu lembu tidak mempunyai sensori perbezaan yang signifikan dalam ujian segitiga. Min skor dan sisihan piawai ujian hedonik aiskrim susu kambing bagi atribut warna 5.03±0.89, aroma 5.30±1.30, kelicinan 5.23±1.29, kemanisan 5.15±1.03, milky aftertaste 5.13±1.18 dan penerimaan keseluruhan aiskrim susu kambing 5.63±1.05. Min skor dan sisihan piawai ujian hedonik aiskrim susu lembu bagi atribut warna 5.00±1.18, aroma 5.23±1.17, kelicinan 5.30±1.34, kemanisan 5.18±1.26, milkyaftertaste 4.88±1.47 dan penerimaan keseluruhan aiskrim susu lembu 5.20±1.32. Semua atribut yang dikaji iaitu warna, aroma, kelicinan, kemanisan, milky aftertaste dan penerimaan keseluruhan tidak mempunyai perbezaan signifikan, iaitu p>0.05 .Purata kandungan protein bagi aiskrim susu kambing adalah 1.83 ±0.048 %, lemak 7.21±0.759%, air 62.34 ±4.94 %, abu 0.39 ± 0.014%, serabut kasar 8.80 ± 0.225% dan karbohidrat 19.43% manakala purata kandungan protein aiskrim susu lembu adalah 1.74 ± 0.057%, lemak 8.58 ±0.305%, air 62.34 ± 1.722%, abu 0.23 ± 0.029%, serabut kasar 8.24±0.255%, dan karbohidrat 18.87%. Kandungan protein, lemak, air dan serabut kasar tidak mempunyai perbezaan yang signifikan, iaitu p>0.05 manakala kandungan abu mempunyai perbezaan yang signifikan, iaitu p<0.05 antara aiskrim susu kambing dan aiskrim susu lembu dalam independent t test Purata kandungan kalsium, kalium, magnesium, ferum dan sodium bagi aiskrim susu kambing adalah 10.80±0.5145, 19.80±0.1760, 2.19±0.0065, 0.91±0.0296 dan 45.26±2.5485 ppm masing-masing manakala aiskrim susu lembu adalah 10.72±0.2845, 19.10±0.2000, 2.15±0.0014, 0.85±0.0156 dan 41.47±1.2175 ppm masing-masing. Peratusan isipadu lebihan (overrun) aiskrim susu kambing ialah 85.48% manakala peratusan isipadu lebihan (overrun) aiskrim susu lembu ialah 74.45%. Peratusan peleburan aiskrim susu lembu dalam 50minit adalah 97.46% manakala peratusan peleburan aiskrim susu kambing dalam 50 minit ialah 86.20%. Pertumbuhan bakteria, Vis dan kulat menjadi too numerous to count (TNTC) pada minggu kelapan bagi aiskrim susu kambing dan aiskrim susu lembu

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:level of acceptability, goat milk ice cream, cow milk ice cream, melting percentage, mango flavour
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:8052
Deposited By:IR Admin
Deposited On:22 Jan 2014 13:54
Last Modified:22 Jan 2014 13:54

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository