Penentuan kualiti air larian dan air bawah tanah dl tapak pelupusan sampah kayu madang

Subashini Jane Antony, (2005) Penentuan kualiti air larian dan air bawah tanah dl tapak pelupusan sampah kayu madang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001829.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian untuk menentukan kualiti air larian dan air bawah tanah di tapak pelupusan Kayu Madang telah dijalankan di tiga stesen persampelan air larian dan dua stesen air bawah tanah. Analisis parameter pH, DO, suhu dan konduktiviti dijalankan secara in-situ, manakala analisis makrnal telah dijalankan bagi BOD, COD, TSS dan TDS mengikut kaedah APHA. Keputusan analisis bagi parameter fizikal seperti suhu, konduktiviti, DO dan pH berada dalam julat purata 22.7- 30.9°C, 314.4-710.0 µS/cm, 0.95-2.77 mg/I dan 6.02-7.50 masing-masing. Semua parameter flzikal berada pada nilai piawai yang dibenarkan. Bagi parameter kimia pula, julat purata adalah seperti berikut: TDS; 59.7-409 mg/l, TSS; 39.1-71.2 mg/l, BOD; 7.8-19.5 mg/l dan COD pula 8.6-21.5 mg/1. Semua parameter kimia menepati piawaian kecuali TSS bagi air larian yang telah melebihi piawaian yang ditetapkan sebagai 50 mg/l. Secara keseluruhannya, kualiti air larian dan air bawah tanah di Tapak Pelupusan Sampah Kayu Madang adalah setanding dengan Tahap Maksima Parameter Efluen Piawai A dan B, Pendaftaran (Kumbahan & Eftluen Industri) Persekitaran, 1979 dan Piawaian Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS), labatan Alam Sekitar 1997.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: water quality, groundwater, Kayu Madang Landfill, Interim Water Quality Standard
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 11 Feb 2014 05:49
Last Modified: 11 Oct 2017 04:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8130

Actions (login required)

View Item View Item