Prey alens protozoa gastrousus di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Likas, Sabah

Teh, Cindy Shuan Ju (2005) Prey alens protozoa gastrousus di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Likas, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001859.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji prevalens protozoa gastrousus di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Likas, Sabah. Serarnai 150 orang murid dari darjah satu hingga darjah tiga terlibat dalarn kajian ini. Kajian ini mempunyai objektif untuk indentifikasi spesies-spesies yang terinfeksi oleh murid-murid, membuat perbandingan prevalens antara umur, dan mendapatkan perhubungan antara faktor demografi dengan infeksi protozoa. Faktor fizikal seperti berat badan dan ketinggian juga dikaji samada dipengaruhi oleh kadar infeksi. Murid-murid tersebut membekalkan tinja rnereka sebagai sampel untuk dikaji. Sampel-sampel kemudian diproses dalam slaid untuk pemerhatian dan pengecaman protozoa di bawah mikroskop. Hasil menunjukkan prevalens protozoa gastrousus di kalangan murid-murid S. K. Likas adalah sangat tinggi. 58% daripada murid-murid yang dikaji telah terinfeksi dengan protozoa gastrousus. Prevalens bagi ketiga-tiga kategori umur murid-murid adalah hampir sama, tetapi murid-murid berumur 9 tahun mempunyai prevalens yang lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak berumur 7 dan 8 tahun. Kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai prevalens yang sama. Prevalens juga tidak dipengaruhi oleh jenis kawasan kediaman seperti kawasan setinggan atau kawasan perumahan. Antara rnurid-murid yang terinfeksi dengan protozoa gastrousus, jenis infeksi tunggal adalah paling tinggi, diikuti oleh infeksi ganda dua dan ganda tiga. Tiada jenis infeksi yang lebih daripada 3 spesies didapati. Gardia lamblia adalah spesies protozoa yang paling berleluasa di kalangan murid-murid. Spesies lain yang menyerang murid-murid adalah seperti Entamoeba coli, Endolimax nana, Iodamoeba butschlii, Chilomastix mesnili,dan Entamoeba histolytica. Tiada hubungan yang signifikan didapati dalam infeksi mengikut umur, dan pendapatan keluarga. Infeksi juga didapati tidak meninggalkan kesan terhadap berat badan dan ketinggian murid-murid. Kajian ini menunjukkan bahawa kadar infeksi bergantung kepada pendedahan seseorang kepada peluang untuk terinfeksi. Untuk menghindarkan diri daripada infeksi protozoa gastrousus, kebersihan adalah satu-satunya isu yang paling penting. Selain itu, kesedaran kanak-kanak tentang protozoa gastrousus yang rendah harus dipertingkatkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: intestinal protozoa, SK Likas, protozoa infection, parasitic disease
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 11 Feb 2014 07:31
Last Modified: 11 Oct 2017 05:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8179

Actions (login required)

View Item View Item