Kajian akumulasi logam berat pada Barbula consanguinea dan Barbula indica (MUSCI) di Kota Kinabalu

Lee, Kok Weng (2006) Kajian akumulasi logam berat pada Barbula consanguinea dan Barbula indica (MUSCI) di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001874.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penggunaan lumut sebagai penunjuk biologi adalah meluas di negara temperat. Namun, kajian tentang potensi spesies lumut tempatan tidak pemah dilakukan di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kehadiran logam berat dari atmosfera dengan menggunakan lumut jati terestrial, serta membandingkan kepekatan logam berat di antara spesies dan di antara kawasan kajian. Spesies tumbuhan yang digunakan adalah Barbula consanguinea (Thwaites & Mitt.) A. Jaeger dan Barbula indica (Hook.) Spreng. di dua tempat iaitu Bandaraya Kota Kinabalu dan Taman Tun Fuad Stephen, Bukit Padang. Min kepekatan plumbum, zink dan kadmium dalam tisu lumut jati telah ditentukan dengan menggunakan alat Spelctroskopi Serapan Atom (AAS). Hasil kajian menunjukkan pencemaran logam berat di Bandaraya Kota Kinabalu adalah lebih tinggi berbanding dengan Taman Tun Fuad. Min kepekatan plumbum dan zink di Bandaraya Kota Kinabalu adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan Taman Tun Fuad Stephen manakala min kepekatan kadmium adalah rendah di dalam kedua-dua kawasan kajian. Min kepekatan zink adalah lebih tinggi berbanding dengan min kepekatan plumbum dan kadmium di Bandaraya Kota Kinabalu dan Taman Tun Fuad Stephen. B. indica dan B. consanguinea adalah sesuai sebagai penunjukan kehadiran plumbum dan zink secara berkesan dan tidak sesuai sebagai penunjukan keadiran kadmium. B. indica adalah sesuai menjadi sebagai penunjuk biologi logam berat berbanding dengan B. consanguinea. Min kepekatan zink pada B. indica dan B. consanguinea adalah lebih tinggi berbanding dengan kepekatan plumbum dan kadmium. Kesimpulannya, B. indica dan B. consanguinea berpotensi digunakan sebagai penunjukan kehadiran logam berat.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: bryophyte, terrestrial mosses, deposition of metals, level of pollution, plumbum, zinc, concentration, bioindicator
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Feb 2014 03:12
Last Modified: 11 Oct 2017 08:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8209

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository