Kesan intensiti dan tempoh senaman terhadap sel darah merah dan platlet

Chia, Sang Sang (2008) Kesan intensiti dan tempoh senaman terhadap sel darah merah dan platlet. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001897.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Senaman mendatangkan banyak kebaikan kepada tubuh badan serta dapat mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Sementara itu, senaman yang berlebihan juga boleh mendatangkan keburukan kepada badan. Kajian ini adalah memberi fokus kepada kesan intensiti, tempoh dan interaksi antara intensiti dan tempoh senaman ke atas perubahan sel darah merah (RBC), hemoglobin (Hb), hematokrit (HCn, min isipadu korpusel (MCV), min hemoglobin korpusel (MCH) dan platlet. Kajian ini terhad kepada sedentari lelaki sihat yang berumur 18 hingga 30. Peserta yang berminat dikehendaki melepasi ketiga-tiga peringkat ujian penapisan iaitu soal selidik, peperiksaan kesihatan pengawai perubatan dan ujian senaman maksimum (HRpuncak) sebelum terpilih menjadi subjek. Data yang digunakan dalam kajian ini merupakan data sekunder. Kaedah statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian-t berpasangan dan repeated measure ANOVA. Hasil ujian-t berpasangan didapati bahawa terdapat perbezaan signifikan antara sebelum dengan selepas senaman ke atas Hb, HCT, MCH dan MCV kecuali pada kategori 10 minit 50% HRpuncak dan 30 minit 70% HRpuncak yang tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Semua kategori pada RBC adalah menunjukkan terdapat perbezaan signifikan. Platlet yang berkategori 30 minit 70% HRpuncak sahaja menunjukkan terdapatnya perubahan. Sementara itu, kesan faktor ke atas RBC, Hb, HCT, MCV, MCH dan platlet diuji dengan menggunakan repeated measure ANOVA. Faktor masa senaman (sebelum dan selepas) dan interaksi intensiti dengan masa senaman merupakan faktor yang mempengaruhi HCT, Hb, MCH, MCV dan RBC. Faktor intensiti memberi kesan terhadap Hb, MCH dan MCV. Manakala, tempoh interaksi intensiti mempengaruhi nilai Hb dan MCV. Tempoh interaksi intensiti interaksi masa senaman menunjukkan kesan terhadap HCT, Hb, MCH, MCV dan platlet. Kesimpulannya, senaman memberi kesan terhadap kebanyakan kategori HCT, Hb, MCH, MCV dan RBC kecuali platiet.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: interaction of intensity, period exercise, paired t-test, ANOVA, platelet
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Feb 2014 03:03
Last Modified: 12 Oct 2017 00:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8241

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository