Penggunaan kaedah matriks dalam enkripsi dan dekripsi mesej

Ahmad Shafiq Ahmad Terjudin, (2008) Penggunaan kaedah matriks dalam enkripsi dan dekripsi mesej. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001909.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kriptografi adalah satu kaedah melindungi maklumat dengan mengubah suatu maklumat asal menjadi satu maklumat yang tidak dapat difahami kecuali oleh pengirim dan penerima yang sah sahaja. Ia mempunyai peranan penting dalam memastikan pertukaran dan perkongsian maklumat adalah selamat dan dilindungi dari diceroboh. Kajian disertasi ini menjurus kepada kajian terhadap sistem kripto yang mengaplikasikan kaedah matriks dalam proses enkripsi dan dekripsi sesuatu mesej. Untuk mencapai objektif kajian, sistem kriptografi yang dikaji adalah kaedah kerahsiaan Hill. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah dalam sistem kriptografi klasik dan menggunakan tranforrnasi matriks dalam proses enkripsi, dekripsi dan pembentukan kunci bagi memastikan kerahsiaan sesuatu maklumat adalah terjamin. Operasi-operasi matriks yang digunakan adalah pendaraban matriks, transposisi matriks dan pengiraan matriks songsang dengan menggunakan kaedah eselon baris terturun. Pengiraan juga melibatkan penggunaan aritmetik modulo untuk menghadkan julat perwakilan nilai angka bagi setiap aksara. Enkripsi merupakan proses penyulitan mesej asal kepada mesej rahsia dan dekripsi pula merupakan proses pentafsiran mesej rahsia kepada mesej asal. Proses bermula dengan pembahagian aksara-aksara dalarn sesuatu mesej kepada beberapa kumpulan. Seterusnya, aksara-aksara setiap kumpulan akan diwakilkan dengan nilai angka. Bagi proses enkripsi, matriks kunci didarabkan dengan setiap matriks kumpulan dan hasil pendaraban yang diperolehi akan dikurangkan kepada nilai modulo. Nilai-nilai ini kemudiannya akan ditukarkan kembali kepada aksara. Proses yang sama juga digunakan bagi proses dekripsi tetapi matriks yang akan digunakan adalah songsangan matriks kunci dalam bentuk modulo. Kajian juga mengaplikasikan penggunaan pengaturcaraan C dalam membina atur cara yang akan memaparkan mesej rahsia bagi proses enkripsi dan memaparkan mesej asal bagi proses dekripsi. Perisian matematik, MAPLE 10 digunakan bagi pengiraan songsangan matriks kunci dalarn bentuk modulo. Melalui kajian ini, maka dengan jelas telah ditunjukkan bagaimana penggunaan kaedah matriks dalarn proses enkripsi dan dekripsi sesuatu mesej.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: cryptography, matrix method, Hill cipher method, encryption, MAPLE lO
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Feb 2014 05:43
Last Modified: 12 Oct 2017 00:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8254

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository