Detection of the identity of processed meat by using polymerase chain reaction - restriction fragment length polymorpidsm marker

Liew, Caroline Ee Chi (2005) Detection of the identity of processed meat by using polymerase chain reaction - restriction fragment length polymorpidsm marker. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001935.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Identiti makanan-makanan yang diproses yang terdapat di pasaran perlu dikesan untuk mengelakkan penipuan yang terjadi semasa makanan-makanan itu diproses. Dengan itu, satu cara untuk mengesan makanan-makanan yang diproses itu adalah penting. Lapan produk yang terdapat di pasaran seperti sosej daging ayam, burger daging ayam, nugget daging ayam, kepingan "toast" ayam, sosej daging lembu, burger daging lembu, nugget daging lembu dan kepingan "toast" daging ayam belanda telah digunakan untuk memeriksa identiti kepada makanan-makanan yang diproses tersebut. DNA telah diekstrak daripada sampel-sampel tersebut dan amplifikasi PCR telah dijalankan dengan menumpukan gen bahagian cytokrom b yang terdapat di DNA mitokondria. Primer universal CYTb1 dan CYTb2 telah digunakan untuk mengamplifikasi satu produk bersaiz 360 bp. Produk yang telah diamplifikasi itu telah dipotong dengan menggunakan tujuh enzim pembatasan yang berlainan (Rsa I, BsaJ I, BstN I, Taq I, Alu I, BstU I and Nsi I) untuk tujuan pengenalpastian. Analisis kepada corak pembatasan telah dilakukan. Fragmen RFLP telah didapati daripada produk PCR yang telah dipotong. Pemeriksaan kepada setiap spesis daging adalah mungkin. Analisis RFLP menunjukkan produkproduk yang diperbuat daripada daging lembu telah dicemari dengan produk darpada daging ayam. Selain daripada itu, produk-produk daripada daging lembu juga telah ditukar kepada daging kerbau. Manakala produk daging ayam belanda pula telah di perbuat daripada daging ayam. Dengan itu, identifikasi spesis menggunakan gene cytokrom b boleh digunakan dan didapati berkesan. Selain itu, analisis ini juga boleh digunakan dalam masa yang pendek

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: processed meat, polymerase chain reaction, polymorphism, DNA extraction, enzyme digestion
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP368-456 Food processing and manufacture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 10 Jul 2014 02:32
Last Modified: 12 Oct 2017 03:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8308

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository