Pembentukan tsunami dan kaitannya dengan Matematik

Vickneswary Bathumalai, (2006) Pembentukan tsunami dan kaitannya dengan Matematik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001961.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis pembentukan tsunami secara pendekatan bermatematik. Gelombang tsunami boleh terbentuk disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut, letusan gunung berapi, tanah runtuh di dalam laut, hentaman meteorit, serta perubahan luar biasa dalam tekanan atmosfera ke atas laut. Dalam kajian ini, pembentukan gelombang tsunami disebabkan gangguan atmosfera telah dibincangkan secara terperinci. Objektif utama kajian ini adalah untuk menerbitkan semula pengiraan matematik bagi model pembentukan gelombang tsunami yang disebabkan oleh gangguan atmosfera seperti yang telah dikemukakan oleh Pelinovsky et al. (2001). Penyelesaian analitik yang terperinci telah dibincangkan untuk model air cetek bagi pembentukan tsunami disebabkan gangguan atmosfera dan pembentukan gelombang panjang di lautan dengan kedalaman yang tetap. Dalam penerbitan semula model persamaan bagi gelombang tsunami di atas dasar yang tidak rata, diandaikan bahawa bendalimya adalah sempurna di atas pemukaan bumi yang tidak betputar. Didapati bahawa sifat pembentukan gelombang tsunami dapat dijelaskan dengan baik oleh modal gelombang air cetek.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: tsunami wave, atmospheric disturbance, sea of constant depth, shallow water model
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Feb 2014 01:33
Last Modified: 12 Oct 2017 04:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8353

Actions (login required)

View Item View Item