Pengangkutan sedimen terampai semasa pasang-surut parbani dan pasang-surut anak di mulut muara, Laguna Salut -Mengkabong

Shazrah Shafilla Mohamad Kasim, (2005) Pengangkutan sedimen terampai semasa pasang-surut parbani dan pasang-surut anak di mulut muara, Laguna Salut -Mengkabong. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001986.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Pasang-surut parbani dan pasang-surut anak memainkan peranan yang penting di dalam menentukan corak pengangkutan sedimen terampai di kawasan persekitaran muara. Kajian ini dijalankan di kawasan mulut muara Laguna Salut-Mengkabong, sistem muara yang luas di kawasan kajian ini menerima pengaliran sumber air tawar yang sangat kurang di mana sumber air tawar yang utama adalah taburan hujan di kawasan tersebut. ADCP digunakan dalam kajian ini untuk menentukan halaju arus di dalam pengangkutan sedimen. Sebagai reaksi terhadap variasi pasang-surut parbani dan pasang-surut anak, kepekatan sedimen terampai berkurangan semasa pasang-surut anak (9.8 mg/l) dan meningkat semasa pasang-surut parbani (13.8 mg/I)' Ketika air-pasang berlaku, halaju arus adalah paling tinggi iaitu 0.98 m/s berbanding halaju ketika air-surut iaitu 0.5 mls yang seterusnya akan mempengaruhi peningkatan muatan sedimen terampai. Semakin banyak sedimen yang di bawa masuk ke dalam muara semasa kadar pengaliran masuk air adalah tinggi iaitu 15.0 m³/s. Hasil kajian dapat digunakan sebagai satu konsep model dalam strategi pengurusan untuk kajian yang akan datang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Acoustic Doppler Current Profiler, suspended sediment, Salut-Mengkabong Lagoon, estuary system
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 01 Apr 2014 02:20
Last Modified: 12 Oct 2017 05:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8412

Actions (login required)

View Item View Item