Kesan campuran media ke atas pertumbuhan rumput bermuda (Cynodon dactylon)

Mohd Hilmi Ishak, (2005) Kesan campuran media ke atas pertumbuhan rumput bermuda (Cynodon dactylon). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001992.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan campuran media yang berlainan terhadap perkembangan dan pertumbuhan rumput Bermuda (Cycnodon dactylon). Kajian ini dijalankan di luar rumah kaca, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah selama dua belas minggu menggunakan rekabentuk rawak lengkap (CRD). Sebanyak enam nisbah campuran media digunakan dengan mencampurkan tiga komponen media yang berbeza mengikut isipadu iaitu pasir, tanah atas dan bahan organan mengikut campuran 1:3:2 (kawalan), campuran 2 (5:0:1), campuran 3 (4:1:1), campuran 4 (3:2:1), campuran 5 (2:2:2), dan campuran 6 (1 :4: I). Setiap campuran direplikasikan sebanyak lima kali. Persampelan dilakukan setiap bulan bagi penentuan berat basah dan kering bahagian atas rumput serta pengiraan bilangan nod dan daun per 20 cm stolon. Peratus menutup bumi ditentukan setiap tiga minggu manakala kepekatan klorofil ditentukan pada bulan kedua dan ketiga. Penentuan isipadu dan berat kering akar dijalankan pada bulan terakhir. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, didapati nisbah campuran media yang berbeza memberi kesan signifikan ke atas berat basah dan kering bahagian atas, bilangan nod per 20 cm stolon, peratus menutup bumi, kepekatan klorofil serta isipadu dan berat kering akar. Purata berat kering bahagian atas paling tinggi dieatatkan oleh nisbah eampuran 3:2:1 (pasir : Tanah atas : Bahan organan) (8.16 g per besen) pada akhir kajian. Perkembangan akar turut menunjukkan campuran yang sama mencatatkan berat akar (27.31g per kor) dan isipadu akar paling tinggi (62 ml per kor) secara signifikan (p<0.05). Penurunan kepekatan klorofil menunjukkan tumbesaran yang tinggi oleh tanaman. Kepekatan klorofil paling rendah dihasilkan oleh campuran 3:2:1 (2.86 mgml�¹) dan 1 :4: 1 (2.98 mgml�¹) pada persampelan pertama. Bilangan daun per 20 stolon tidak dipengaruhi dengan signifikan oleh nisbah campuran media berlainan. Secara keseluruhannya didapati nisbah campuran 3: 2: 1 menghasilkan pertumbuhan rumput Bermuda yang terbaik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Bermuda grass, Completely Randomized Design, chlorophyll, soil mixture, treatment
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 12 Mar 2014 02:59
Last Modified: 12 Oct 2017 06:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8464

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository