Penglibatan golongan "Scavengers"dalam pengurusan sisa pepejal bandar: Kajian kes bandaraya Kota Kinabalu

Mohd. Adzaimin Mohd. Gazali, (2009) Penglibatan golongan "Scavengers"dalam pengurusan sisa pepejal bandar: Kajian kes bandaraya Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002082.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Isu pertambahan jumlah penjanaan sisa pepejal merupakan antara penyumbang kepada masalah alam sekitar di seluruh dunia. Ini disebabkan oleh pertambahan jumlah penduduk dan seterusnya memberi kesan kepada peningkatan penjanaan sisa pelbagai. Masalah kewangan yang tidak mencukupi, sistem pengurusan yang tidak cekap merupakan antara masalah pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Sistem pelupusan sampah berteraskan kaedah landfill mendapat kritikan kerana kekurangan kawasan yang sesuai untuk tapak yang baru merupakan antara masalah lain dalam pengurusan sisa pejal. Oleh itu, pendekatan kitar semula merupakan antara cara terbaik dalam pengurusan sisa pepejal kerana ia menjimatkan penggunaan sumber dan tenaga. Namun, punca kegagalan program kitar semula di Malaysia harus difikirkan dan membentuk semula program kitar semula yang lebih komprehensif kepada masyarakat. Kajian ini menerangkan penglibatan golongan ''scavengers'' di Kota Kinabalu dalam pengurusan sisa pepejal bandar. Kaedah pemerhatian dan soal selidik digunakan untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian. Komponen penting dalam kajian ini adalah penglibatan, faktor pendorong, kekangan dan latarbelakang golongan "scavengers" dalam pengurusan sisa pepejal di bandaraya Kota Kinabalu. Hasil dapatan kajian mendapati ''scavengers'' berupaya menyumbang kepada penghasilan sisa untuk industri kitar semula. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan harus mengiktiraf sumbangan ini dengan membenarkan mereka beroperasi secara sah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: wale generation, financial allocation, management strategy, waste management service, scavenger
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Apr 2014 06:38
Last Modified: 13 Oct 2017 02:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8672

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository