Pemencilan, penulenan dan pengkul turan protoplas daripada suspensi kalus daun pegaga (Centella asiatica)

Rahimah Amir, (2006) Pemencilan, penulenan dan pengkul turan protoplas daripada suspensi kalus daun pegaga (Centella asiatica). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002117.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Centella asiatica (Linn.) Urban merupakan tumbuhan herba yang tergolong dalam famili Umbelliferae. Kalus rapuh diperolehi daripada subkultur yang berterusan dalam medium pengaruhan separa pejal kalus yang berasaskan medium Murashige dan Skoog (1962) dengan penambahan 3%(w/v) sukrosa, 0.23 mgL�¹BAP, 0.21 mgL�¹ 2,4-D dan juga 0.5gL�¹ kasien hidrolysate. Kultur sel ampaian diaruh untuk sumber proses pemencilan protoplas dengan mengkultur kalus rapuh pada medium pengaruhan kalus dalam medium bentuk cecair. Protoplas dipencilkan dengan mengeramkan kalus dalam larutan enzim selama 14 jam. Kombinasi enzim yang terdiri daripada 1.5%(w/v) Cellulase Onozuka R10, 1.0%(w/v) Macerozyme RIO dan 0.5%(w/v) Driselase digunakan. Kultur sel ampaian pada hari ke-7 dan hari ke-10 pasca-subkultur telah diuji terhadap penghasilan protoplas. Pemencilan protoplas menggunakan kultur sel ampaian pada hari ke-7 pasca-subkultur menghasilkan protoplas lebih banyak iaitu 1.33 X 10� protoplas/ml berbanding pada hari ke-10 pasca-subkultur iaitu 0 protoplas/ml. Pemencilan protoplas dapat dilakukan namun begitu protoplas tidak dapat dikultur kerana tidak banyak protoplas berjaya ditulenkan. Protoplas hidup yang diperolehi selepas penulenan kurang daripada 70% dan ini menyebabkan kultur protoplas tidak dapat diteruskan. Namun begitu, kultur sel ampaian yang stabil beljaya diaruh dan dikekalkan untuk kajian pada masa hadapan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Centella asiatica, protoplasts, cell suspension culture, callus induction, purification process
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 Apr 2014 03:09
Last Modified: 13 Oct 2017 02:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8759

Actions (login required)

View Item View Item