Kajian terhadap keengganan para penduduk tempatan daerah Tawau untuk bekerja di ladang sawit

Alangseri Ayubayu Kamarozaman, (2010) Kajian terhadap keengganan para penduduk tempatan daerah Tawau untuk bekerja di ladang sawit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002148.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis faktor-faktor penyebab penduduk tempatan tidak mahu bekerja sebagai pekerja ladang sawit dan mencari jalan untuk menarik minat mereka. Seramai 200 penduduk tempatan di daerah Tawau dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Analisis dijalankan dengan menggunakan perisian komputer, Statistical Package for Social Science (SPSS) 12.0 dan Microsoft Excel 2007. Analisis statistik perihalan (descriptive analysis) dan operasi arahan IF (IF Statement) digunakan bagi mentafsir data mentah yang diperolehi melalui borang soal selidik. Kajian mendapati faktor utama penyebab penduduk tempatan tidak berminat untuk bekerja sebagai pekerja ladang adalah akibat cara pembayaran gaji pekerja, kemudahan yang disediakan serta faktor keselamatan. Naiktaraf kepada kualiti kemudahan dan faedah yang ditawarkan, kaedah pembayaran gaji secara tetap serta pemberian rumah sebagai faedah persaraan kepada pekerja dapat menarik penduduk tempatan untuk bekerja sebagai pekerja ladang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: local communities, interest, oil palm plantation, working, Tawau, SPSS
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 Apr 2014 03:51
Last Modified: 13 Oct 2017 03:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8798

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository