Sumber bekalan air di kawasan luar bandar: Kajian kes kampung Kaparingan Ranau, Sabah.

Ruzimie Akumin, (2009) Sumber bekalan air di kawasan luar bandar: Kajian kes kampung Kaparingan Ranau, Sabah. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002277.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Uputan perkhidmatan sistem bekalan air yang dirawat di kawasan bandar dan luar bandar menunjukkan jurang perbezaan yang amat ketara. Pada tahun 2000, 98% daripada populasi urban di Malaysia telahpun mendapat bekalan air yang bersih dan dirawat sepenuhnya. Manakala di kawasan luar bandar iaitu pada tahun yang sama, 93.7% daripada populasi luar bandar turut mempunyai akses kepada sumber bekalan air namun tidak melalui proses rawatan air seperti yang diterima oleh penduduk kawasan bandar. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui jenis-jenis sumber bekalan air yang digunakan di kawasan luar bandar khususnya dikawasan kajian iaitu Kampung Kaparingan Ranau, Sabah. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan soal selidik kepada penduduk berkaitan dengan jenisjenis sumber bekalan air yang digunakan di kawasan tersebut. Data yang diperoleh dianalisis dengan mengunakan Microsoft Excel 2007. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa kawasan kajian menerima perkhidmatan bekalan air daripada Pihak Koperasi Pembangunan Desa (KPD) yang merupakan sebuah badan korporat kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembangunan kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut tidak digunakan sepenuhnya oleh penduduk di kawasan tersebut. Sebahaglan beser penduduk di kawasan tersebut bergantung kepada sumber-sumber bekalan air semulajadi seperti sumber bekalan air graviti, air mata air dan juga air tuai.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: water supply sources, rural area
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Jun 2014 05:56
Last Modified: 13 Oct 2017 04:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9134

Actions (login required)

View Item View Item