Modal lnsan: Peranan Masjid Kampung Tobobon, Kota Kinabalu Sabah

Saini Ag. Damit, and Abd Hakim Mohad, and Ros Aiza Mohd Mokhtar, (2011) Modal lnsan: Peranan Masjid Kampung Tobobon, Kota Kinabalu Sabah. In: UNSPECIFIED.

[img]
Preview
PDF
5Mb

Abstract

Modal insan merupakan salah satu daripada tiang seri pembangunan negara dalam merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang maju menjelang tahun 2020. Berdasarkan kepada sejarah ketamadunan masa silam menunjukkan kepada kita bahawa pembangunan mampan yang membawa kepada kecemerlangan sesebuah tamadun bermula dari kejayaan mereka membina modal insannya. Modal insan yang dicirikan oleh ketinggian ilmu, kemurnian akhlak dan budi pekerti, kreatif dan inovatif, serta berdaya saing menjadi aset yang amat penting bagi mencapai kemajuan yang dicita-citakan. Menyedari hakikat ini, masjid Kampung Tobobon telah melaksanakan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan modal insan dalam kalangan masyarakatnya. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang pembangunan rohani yang menjadi salah satu daripada aspek penting modal insan. Kajian yang dijalankan ke atas masyarakat Islam di Kampung Tobobon, tidak hanya memaparkan programprogram penting yang dilaksanakan dalam proses membangunkan aspek kerohanian sebuah masyarakat kampung di pinggir bandar, tetapi juga akan meninjau pandangan masyarakat kampung khususnya generasi muda tentang program yang dianjurkan. Akhir sekali kertas kerja ini akan membuat beberapa cadangan penambahbaikan untuk memperbaiki program sedia ada.

Item Type:Conference Paper (UNSPECIFIED)
Uncontrolled Keywords:Masjid kampung Tebobon , Modal Insan
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ID Code:9155
Deposited By:IR Admin
Deposited On:03 Jun 2014 13:47
Last Modified:04 Sep 2014 11:15

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository