Budaya Tagal di Tamparuli, Sabah (1963-2009)

Zenno Fernandez Nasirin, (2009) Budaya Tagal di Tamparuli, Sabah (1963-2009). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002294.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang budaya Tagal di Tamparuli dari segi pelaksanaannya dari tahun 1963 sehingga tahun 2009. Tagal ini merupakan satu sistem yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Kadazandusun di Tamparuli ataupun Sabah secara amnya. Sistem Tagal ini penting dalam usaha untuk memulihara alam khususnya sungai dan juga hidupan akuatik di dalamnya daripada pencemaran dan juga diancam kepupusan. Pelaksanaan Tagal ini pula dibahagikan kepada dua fasa iaitu pelaksanaan Tagal secara tradisional dan juga pelaksanaan secara moden. Tagal yang dilaksanakan secara tradisional ini diletakkan di bawah penyeliaan Ketua Kampung dan Mahkamah Anak Negeri manakala Tagal yang dilaksanakan secara moden diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Sabah. Istilah pelaksanaan tradisional dan moden ini digunakan merujuk kepada cara pelaksanaan undang-undang Tagal dan juga cara memajukan Tagal tersebut. Tagal ini telah berkembang pesat setelah wujudnya campur tangan kerajaan dalam usaha memajukan sistem ini. Penyelidikan tentang sejarah Tagal ini masih belum dilakukan pada ketika ini. Nilai sejarah dan juga budaya Tagal itu sendiri amat penting untuk pengetahuan masyarakat terutamanya generasi muda. Justeru itu, kajian ini akan cuba mengupas dengan lebih lanjut berkenaan dengan sejarah kewujudan Tagal dan juga pelaksanaannya di Sabah khususnya di daerah Tamparuli.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tagal system, Tamparuli, history, Kadazandusun, terminology of traditional, modem implementation, Tagal culture
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
D History General and Old World > DS Asia
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Jun 2014 05:42
Last Modified: 13 Oct 2017 04:48
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9160

Actions (login required)

View Item View Item