Pemahaman konsep pecahan dan penyelesaian masalah pecahan dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu

Jimmy Johan@Juhan, (2008) Pemahaman konsep pecahan dan penyelesaian masalah pecahan dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
2288Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman konsep pecahan dan tahap penyelesaian masalah pecahan dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu di luar bandar di daerah Kota Belud, Sabah. Seramai 320 orang pelajar telah dipilih sebagai sam pel kajian berdasarkan kaedah persampelan rawak berlapis. Kajian ini adalah kajian kuantitatif bukan eksperimen. Instrumen-instrumen yang telah digunakan untuk memungut data adalah Ujian Pemahaman Konsep Pecahan (UPKP) dan Ujian Penyelesaian Masalah Pecahan (UPMP). Pakej analisis statistik seperti Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 13, Microsoft Excel 2003 dan perisian analisis item QUEST (Adams & Khoo, 1993) telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Tahap pemahaman konsep pecahan dan tahap penyelesaian masalah pecahan telah dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman konsep pecahan adalah pada tahap tinggi. Namun begitu, tahap penyelesaian masalah pecahan adalah pada tahap yang rendah. Dapatan kajian juga mendapati peratus skor bagi item-item konsep asas pecahan; konsep pecahan bagi operasi tambah dan tolak; dan konsep pecahan bagi operasi darab dan bahagi adalah sederhana. Namun peratus skor bagi pemahaman konsep pecahan gabungan keempat-empat operasi adalah rendah. Analisis korelasi Spearman rho menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pemahaman konsep pecahan dengan penyelesaian masalah pecahan dengan keteguhan hubungan yang kuat, rs=.816. Analisis data menunjukkan keteguhan hubungan yang sederhana antara pemahaman konsep asas pecahan; pemahaman konsep pecahan bagi operasi tambah dan tolak; pemahaman konsep pecahan bagi operasi darab dan bahagi; dan pemahaman konsep pecahan bagi gabungan keempat-empat operasi terhadap penyelesaian masalah pecahan. Dapatan daripada kajian ini memberi implikasi yang positif. Umpamanya, kelemahan-kelemahan pelajar dapat dikesan dan strategi yang lebih efektif dapat dirancang untuk mengatasi kelemahan ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Form One student, fraction, level of conceptual, Spearman rho correlation, SPSS
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
ID Code:9255
Deposited By:IR Admin
Deposited On:01 Jul 2014 14:33
Last Modified:01 Jul 2014 14:33

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository