Faktor penentu pilihan mod pengangkutan ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah

Mohd Fahmy Abdullah, (2008) Faktor penentu pilihan mod pengangkutan ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000468.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini menunjukkan pembuktian terhadap faktor penentu pilihan mod pengangkutan ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Objektif kajian Ini adalah: a) Mengenalpasti faktor penentu pilihan mod pengangkutan sama ada pengangkutan awam dan persendirian ke tempat kerja di Kota Kinabalu; b) Mengetahui isu yang dibangkitkan oleh pekerja mengenai sistem pengangkutan yang digunakan di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini berpandukan kepada pengumpulan data daripada pelbagai kumpulan pekerja di kawasan Kota Kinabalu sama ada menggunakan pengangkutan awam ataupun pengangkutan persendirian. Jumlah responden yang terlibat adalah seramai 260 orang pekerja. Data kajian tersebut telah di analisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Keputusan yang diperolehi berdasarkan kepada logistik regresi (binary dependent variable) menunjukkan "kadar tambang" merupakan faktor pili han bagi pengangkutan awam. Manakala "ketepatan masa" pula merupakan faktor pilihan bagi pengangkutan persendirian. Manakala keputusan menunjukkan faktor "tujuan (kepelbagaian fungsi)", "jarak" dan "gaji (pendapatan)" merupakan faktor yang signifikan terhadap kedua-dua pengangkutan iaitu pengangkutan awam dan pengangkutan persendirian di bandar raya Kota Kinabalu, Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: transportation system, workers, fare rate
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications
Divisions: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 18 Mar 2015 04:30
Last Modified: 30 Oct 2017 03:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9522

Actions (login required)

View Item View Item