Penentuan protein dan aktiviti enzim katalase dalam sampel air kelapa muda dari tiga varieti dan tiga lokasi di Sabah

Chang , Syh Syh (2013) Penentuan protein dan aktiviti enzim katalase dalam sampel air kelapa muda dari tiga varieti dan tiga lokasi di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
12Mb

Abstract

Air kelapa muda merupakan minuman yang bernilai tinggi, berkhasiat dan mempunyai sifat terapeutik. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan dan membandingkan kandungan protein kasar, protein terlarut dan aktiviti enzim katalase (KAT) dalam air kelapa muda bagi varieti dan lokasi penanaman yang berbeza. liga varieti kelapa muda (kelapa linggi Malaya, kelapa Pandan dan kelapa MAWA) telah diambil secara rawak dari tiga lokasi penanaman (Kudat, Kota Marudu dan Papar) untuk analisis. Parameter fizikal kelapa seperti berat, Iilitan melintang dan lilitan menegak, serta isipadu air, pH dan jumlah pepejal terlarut air kelapa muda telah diukur bagi setiap varieti kelapa dari setiap lokasi penanaman. Kandungan protein kasar ditentukan dengan menggunakan kaedah Kjeldahl, kandungan protein terlarut ditentukan dengan kaedah Bradford, dan aktiviti enzim katalase pula ditentukan dengan menggunakan UV-Vis spektrofotometer. Hasil kajian mendapati kandungan protein terlarut dan aktiviti enzim KAT dalam air kelapa muda berbeza secara signifikan (p<0.05) berdasarkan varieti dan lokasi penanaman yang berlainan, manakala kandungan protein kasar didapati berbeza secara signifikan (p<0.05) berdasarkan lokasi penanaman tetapi tidak berbeza secara signifikan (p>0.05) berdasarkan varieti kelapa. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat kesan interaksi di antara varieti dan lokasi penanaman terhadap pembolehubah-pembolehubah ini. Air kelapa muda dari Papar didapati mempunyai kandungan protein kasar (0.072% - 0.112%), protein terlarut (24.58 µg/ml - 38.42 µg/ml) dan aktiviti enzim KAT (0.971 U/ml - 1.274 U/ml) yang lebih tinggi berbanding dengan Kudat dan Kota Marudu, manakala air kelapa varieti Pandan serta MAWA mempunyai kandungan protein terlarut yang lebih tinggi (19.78 µg/ml - 38.42 µg/ml) daripada linggi Malaya dan varieti Pandan mempunyai aktiviti enzim KAT (1.193 U/ml- 1.315 U/ml) yang paling tinggi secara signifikan (p<0.05). Selain itu, kandungan protein kasar, protein terlarut dan aktiviti enzim KAT bagi setiap varieti kelapa yang dikaji juga didapati berbeza di antara lokasi penanaman kelapa dan juga berbeza di antara varieti kelapa bagi setiap lokasi penanaman. Tambahan pula, aktiviti enzim KAT juga berkorelasi positif secara signifikan (r=0.601, p<0.05) dengan kandungan protein terlarut dalam air kelapa muda. Secara keseluruhan, air kelapa muda Pandan dari Papar telah dipilih sebagai buah kelapa terbaik dari segi kandungan protein kasar, protein terlarut dan aktiviti enzim KAT.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:young coconut water, coconut cultivation, Kjeldahl method, catalase enzyme
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9624
Deposited By:IR Admin
Deposited On:23 Sep 2014 14:09
Last Modified:23 Sep 2014 14:09

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository