Geologi am dan geomorfologi kawasan selatan Gunung Kinabalu, Bundu Tuhan Ranau, Sabah (Geopelancongan)

Ledyhernando Taniou, (2009) Geologi am dan geomorfologi kawasan selatan Gunung Kinabalu, Bundu Tuhan Ranau, Sabah (Geopelancongan). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000254.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Lokasi kawasan kajian secara amnya adalah terletak di kawasan selatan Gunung Kinabalu dan ianya dibatasi oleh garis lintang 50° 55' U hingga 6°00' U dan garis bujur 116°30' T hingga 116° 37' T dengan keluasan lebing kurang 100 kilometer persegi. Objektif utama kajian adalah untuk menghasilkan peta geologi terkini kawasan kajian, mengkaji aspek-aspek geologi am yang terdapat di kawasan kajian dan mengenalpasti kawasan berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan geotapak. Melalui kajian ini, kerja makmal adalah sedikit di mana ianya hanya melibatkan pembuatan keratan nipis untuk mengenalpasti jenis batuan di kawasan kajian dan secara menyeluruhnya banyak melibatkan kerja pencerapan pada kawasan kajian. Kawasan kajian secara amnya adalah terdiri daripada dua unit litologi batuan yang utama iaitu Formasi Trusmadi yang berusia Paleosen hingga Pertengahan Eosen dan Formasi Crocker yang berusia Pertengahan Eosen hingga Bawah Miosen. Melalui kerja lapangan yang dilakukan, 3 kawasan geotapak telah dikenalpasti berpotensi dijadikan kawasan geopelancongan. Kesemua kawasan kajian ini melibatkan 2 landskap geotapak iaitu kawasan air terjun dan kawasan pembentukan gua hasil daripada runtuhan blok batuan yang berskala besar. Penilaian kawasan geotapak adalah dilakukan berdasarkan kepentingan yang merangkumi nilai sainti~ nilai estetika dan nilai rekreasi kawasan geotapak. Melalui pengelasan dan kepentingan yang telah dilakukan, kesemua kawasan geotapak adalah berpotensi dijadikan sebagai kawasan geopelancongan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geomorfology, Mount Kinabalu, Bundu Tuhan, Ranau, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 06:13
Last Modified: 12 Oct 2017 07:48
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/966

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository