Potensi penurunan kolesterol dalam ekstrak rumpai laut (Kappaphycus alvarezii) Sabah dalam tikus diberi diet tinggi kolesterol

Nor Atiqah Rahimi, (2013) Potensi penurunan kolesterol dalam ekstrak rumpai laut (Kappaphycus alvarezii) Sabah dalam tikus diberi diet tinggi kolesterol. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002348.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji potensi ekstrak air dan etanol rumpai laut merah (Kappaphycus alvarezii) Sabah, terhadap penurunan kolesterol dalam tikus yang diberi diet tinggi kolesterol. Uma puluh ekor tikus spesis Sprague Dawley jantan dibahagikan kepada lima kumpulan, iaitu kumpulan diet normal (N), kumpulan diet tinggi kolesterol (KT), kumpulan diet tinggi kolesterol bersama diet ekstrak air K. alvarezi; (KTEA) , kumpulan diet tinggi kolesterol bersama diet ekstrak etanol K. alvarezii (KTEE) dan kumpulan diet tinggi kolesterol bersama ubat Simvastatin (KTD). Tempoh kajian adalah selama lapan minggu dengan satu minggu sebagai tempoh induksi. Sepanjang kajian, kumpulan normal diberi diet standard untuk tikus. Diet tinggi kolesterol untuk kumpulan KT, KTEA, KTEE dan KTD ditambah 2% serbuk kolesterol dan 1% serbuk asid hempedu. Diet rawatan ekstrak rumpai laut yang diberikan adalah sebanyak 300mg/kg berat badan tikus. Berbanding dengan kumpulan KT, di akhir tempoh kajian, didapati kumpulan KTEE memberikan kesan yang memberangsangkan dalam penurunan paras kolesterol jumlah kolesterol (TC), paras lipoprotin berketumpatan rendah (LDL-C) dan paras trigliserida (TG). Manakala kumpulan KTEA didapati memberi kesan yang sangat efektif dalam meningkatkan paras lipoprotin berketumpatan tinggi (HDL-C) mengatasi ubat penurun kolesterol, Simvastatin. Kedua-dua kumpulan diet tinggi kolesterol bersama rawatan rumpai laut (KTEA dan KTEE) menunjukkan potensi penurunan kolesterol namun tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dengan kumpulan normal (N). Nilai indeks anterogenik dan indeks somatik hepar kumpulan KT, KTEE, KTEA dan KTD menunjukkan perubahan ketara dengan kumpulan N dan berisiko terhadap penyakit kardiovaskular. Tempoh kajan yang lebih lama diperlukan bagi mendapatkan paras penurunan kolesterol . yang berkesan. Walaubagaimanapun, kajian ini menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut K. alvarezii berpotensi menjadi ramuan makanan berfungsi atau nutraseutikal untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: red seaweed, Kappaphycus alvarezii, cholesterol, rat, high-cholesterol diet, Sprague Dawley rats, functional food
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Oct 2014 06:44
Last Modified: 13 Oct 2017 07:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9787

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository