Pembangunan serunding rumpai laut (Kappaphycus alvarezii)

Zubaida Mohammad, (2013) Pembangunan serunding rumpai laut (Kappaphycus alvarezii). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk pembangunan serunding menggunakan rumpai laut Kappaphycus alvarezii sp .. Penghasilan serunding dijalankan dengan pembezaan peratusan santan dan lada kering dan formulasi terbaik dipilih melalui ujian sensori berskala hedonik. Analisis proksimat dilakukan untuk mendapatkan nilai kelembapan, abu, protein, lemak, serabut kasar dan karbohidrat bagi formulasi terbaik. Nilai kalori per 100g dan per saiz hidangan (25g) turut dikira. Aktiviti air, aw dianalisis menggunakan Cole Parmer water activity meter manakala ciri-ciri warna diambil menggunakan Chroma Meter CR-400/410. F6 mendapat skor purata tertinggi bagi kesemua atribut iaitu warna (5.25±1.08), aroma (5.65±0.66), kepedasan (5.63±0.95), rasa (rumpai laut) (5.10±0.93), tekstur (4.73±1.18), aftertaste (5.10±0.99) dan penerimaan keseluruhan (5.38±0.90). Berdasarkan ujian hedonik, Formulasi 6 dipilih menjadi formulasi terbaik berdasarkan skor purata tertinggi dengan peratusan santan 20% dan lad a kering 0.6%. Hasil proksimat menujukkan 10.77±0.02 kelembapan, 42.80±1.56 abu, 5.76±0.01 protein, 25.80±1.70 lemak, 4.87±4.00 serabut kasar dan 10.45±0.05 jumlah karbohidrat Nilai kalori per 100g adalah 307kcal (12B9kJ) manakala per saiz hidangan (25g) adalah 77kcal (323kJ). Aktiviti air, aw menunjukkan 0.50±0.00 manakala ujian warna menunjukkan L=23.13±0.00, a=12.48±0.24 dan b=28.81±0.08. Ujian mikrobiologi menunjukkan jangka hayat serunding rumpai laut mencapai sehingga lapan minggu. Serunding rumpai laut Kappaphycus alvarezii sp. ber

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Kappaphycus alvarezii sp, formulation, coconut milk, chilli, hedonic scale, Cole-parmer
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9808
Deposited By:IR Admin
Deposited On:27 Oct 2014 15:26
Last Modified:27 Oct 2014 15:26

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository