Aktiviti antioksida dan kesitotoksikan rumpai laut tempatan: Kappaphycus alvarezii dan Caulerpa lentillifera

Chan , Yee Yiing (2013) Aktiviti antioksida dan kesitotoksikan rumpai laut tempatan: Kappaphycus alvarezii dan Caulerpa lentillifera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
14Mb

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menilai aktiviti antioksida, kesitotoksikan dan kandungan jumlah fenolik dua rumpai laut tempatan (Kappaphycus alvarezii dan Caulerpa lentillifera) dalam dua ekstrak pelarut (air dan etanol). Aktiviti antioksida telah dinilai dengan menggunakan cera kin menghapus radikal DPPH, cerakin menghapus kation radikal ABTS dan cerakin pelunturan f3-karotena. Jumlah kandungan fenolik rumpai laut telah ditentukan dengan menggunakan kaedah Folin-Ciocalteu. Aktivity antiproliferatif rumpai laut telah diuji dengan menggunakan cerakin MTT [3-(4, S-dimethylthiazolyl-2)-2, 5 diphenyltetrazolium bromida] terhadap sel kanser payudara (MCF-7). Berbanding dengan ekstrak pelarut, K. alvarezii ekstrak air memberikan hasil yang terbaik dalam semua ujian aktiviti antioksida dan jumlah kandungan fenolik. Untuk C lentillifera, ekstrak air memberikan hasil yang terbaik dalam aktiviti DPPH radikal memerangkap dan cerakin pelunturan beta-karotena manakala ekstrak etanolik memberikan hasil yang terbaik dalam ABTS kation aktiviti memerangkap radikal dan jumlah kandungan fenolik. Dalam aktiviti kesitotoksikan, K. alvarezii ekstrak etanolik merencat proliferasi sel kanser MCF-7 dengan nilai ICso 33.88 µg/mL manakala ekstrak rumpai laut lain menunjukkan tiada aktiviti dalam kepekatan yang diuji. Kesimpulannya, ekstrak air adalah pelarut pengekstrakan yang lebih baik berbanding dengan ekstrak etanolik dan K. alvarezii dapat disimpulkan sebagai spesies dengan aktiviti antioksida dan sitotoksik yang terbaik kerana rumpai laut ini memiliki hasil aktiviti tertinggi dalam kebanyakan ujian berbanding dengan C lentillifera. Kajian ini menunjukkan bahawa K. alvarezii boleh melindungi daripada kanser payudara.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:antioxidant, cytotoxicity, phenolic content, Kappaphycus alvarezii, Cculerpa lentillifera, Folin-Ciocalteu method
Subjects:S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH393 Seagrasses
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9810
Deposited By:IR Admin
Deposited On:28 Oct 2014 14:45
Last Modified:28 Oct 2014 14:45

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository