Kesan pembungkusan dan suhu penyimpanan terhadap kualiti kacang panjang segar (Vigna Sesquipedalis L. )

Yong, Au Mun Hui (2013) Kesan pembungkusan dan suhu penyimpanan terhadap kualiti kacang panjang segar (Vigna Sesquipedalis L. ). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
974Kb

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai kesan pembungkusan dan suhu penyimpanan terhadap kualiti kacang panjang segar. Dengan ini, jenis pembungkusan dan suhu penyimpanan yang paling sesuai untuk menyimpan kacang panjang dapat ditentukan. Kacang panjang tanpa dipotong dan telah dipotong disimpan pada suhu 5±2°C, 12±2°C dan 22±2°C dengan kombinasi tiga jenis pembungkusan yang berbeza iaitu tiada pembungkusan, beg plastik polietilena berketumpatan rendah (LDPE) tanpa lubang dan beg plastik polietilena berketumpatan rendah (LDPE) berlubang. Perubahan kualiti kacang panjang dinilai dengan menggunakan ujian penilaian deria (wama, tekstur dan penerimaan keseluruhan), ujian fizikokimia (kehilangan berat, pH dan kandungan asid askorbik) dan ujian mikrobiologi (kiraan julmah plat) selepas 0,3,6,9,12 hari penyimpanan. Kacang panjang tanpa dipotong dan telah dipotong yang dibungkus dalam beg plastik polietilena berketumpatan rendah (LDPE) tanpa lubang dan disimpan pada 5±2°C didapati adalah paling digemari oleh pengguna kerana mempunyai nilai min skor tertinggi dalam ujian penilaian deria (warna, tekstur dan penerimaan keseluruhan). Pemerhatian atas perubahan dalam kehilangan berat, pH dan kandungan asid askorbik dilakukan. Suhu penyimpanan dan jenis pembungkusan didapati mempunyai kesan signifikan (p<0.05) terhadap kehilangan berat tetapi tiada kesan signifikan (p>0.05) terhadap pH dan kandungan asid askorbik. Aktiviti mikrob dapat dikesan sepanjang tempoh penyimpanan. Jangka hayat bagi kacang panjang tanpa dipotong adalah 9 had manakala jangka hayat bagi kacang panjang yang telah dipotong adalah 6 hari.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:packaging, storage temperature, long bean, low density polythene (LDPE)
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9816
Deposited By:IR Admin
Deposited On:28 Oct 2014 14:44
Last Modified:28 Oct 2014 14:44

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository