Potensi air kelapa muda dalam meneutralkan dan menyahtoksikkan fenthion secara in vitro dan in vivo

Dale Richi Anak Ripat Eric, (2013) Potensi air kelapa muda dalam meneutralkan dan menyahtoksikkan fenthion secara in vitro dan in vivo. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
8Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menguji potensi air kelapa muda dalam meneutralkan dan menyahtoksikkan racun serangga iaitu fenthion yang kerap hadir dalam makanan secara in vitro dan in vivo . Objektif kajian adalah untuk mengukur parameter dan melihat korelasi parameter buah kelapa dan air kelapa muda bagi semua varieti dan menilai dan mengenal pasti potensi tiga varieti air kelapa muda untuk meneutralkan fenthion secara in vitro dan in vivo. Kaedah yang digunakan adalah model sistem pencemaan secara in vitro dan Tarsal Contact Method menggunakan lalat rumah . Musca domestica sebagai subjek (in vivo). Kajian melibatkan tiga kumpulan eksperlmen iaitu kawalan negatif, kawalan positif, dan kumpulan yang diperlakukan dengan menggunakan air kelapa muda varieti Mawa, Tinggi dan Pandan dari tiga lokasi iaitu Papar, Kudat dan Kota Marudu. Keputusan menunjukkan kehadiran air kelapa muda varieti Tinggi dan Mawa Kudat memberikan perbezaan yang signifikan (p<0.05) terhadap nilai pH campuran jus gastrik dan fenthion berbanding air kelapa muda varieti Pandan. Nilai pH pada bahagian perut0 menunjukkan air kelapa muda Tinggi dan Mawa Kudat memberikan nllai pH melebihi 5.00 berbanding varieti lain dari lokasi Papar dan Kota Marudu iaitu nllai pH di bawah 5.00. Dalam ekperimen secara in vitro, varieti kelapa Tinggi Kudat memberi penurunan fenthion yang tertinggi 56.60±1.4 % diikuti dengan varieti Mawa Kudat 53.51±3.59 %. Eksperimen in vivo menunjukkan air kelapa muda varieti Mawa Kota Marudu hanya mencapai peratusan mortaliti lalat sebanyak 40 % berbanding air kelapa lain (100 % mortaliti) selepas 120 minit. Didapati tiada perhubungan yang signifikan (P>0.05) di antara pH perut0, peratusan penurunan fenthion dan kadar kematian lalat rumah bagi semua varieti kelapa. Oleh yang demikian, varieti yang berpotensi meneutralkan campuran jus gastrik dan fenthion adalah kelapa varieti Tinggi dan Mawa. Manakala, kelapa varieti Mawa berpotensi untuk menyahtoksikkan fenthion secara in vitro dan in vivo.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:in vitro, in vivo, young coconut water, Musca domestica, detoxification, fenthion, gastric juice
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:9890
Deposited By:IR Admin
Deposited On:13 Nov 2014 15:57
Last Modified:13 Nov 2014 15:57

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository