Artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia

Lee, Kuok Tiung and Mohd Safar Hasim (2016) Artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 43. pp. 1-18. ISSN 2180-0251

[img] Text
Artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (394kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan menelusuri perkembangan mediaskap di Malaysia secara sepintas lalu dan diikuti artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia menerusi temubual mendalam dengan pengamal media. Secara umumnya, dari awal pengenalan akhbar sewaktu zaman penjajahan British sehinggalah kemunculan internet telah menyaksikan perubahan yang dramatik. Media memainkan pelbagai peranan penting kepada masyarakat mengikut peredaran masa. Peranan paling awal yang boleh dilihat adalah inisiatif mewujudkan semangat nasionalisme dan seterusnya mengerakkan usaha menuntut kemerdekaan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh media di Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini untuk mengetengahkan peristiwa-peristiwa bersejarah bagi mempromosi toleransi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pluralistik Malaysia. Media juga dilihat secara konsisten berkompromi dengan dasar kerajaan untuk menghasilkan kandungan yang bersesuaian dengan nilai-nilai ketimuran dan memenuhi aspirasi negara melahirkan masyarakat demokratik yang liberal menjelang tahun 2020. Pelbagai program telah diterbitkan dengan matlamat memperkenalkan sejarah Malaysia misalannya Hari Ini Dalam Sejarah disamping menyelitkan peristiwa-peristiwa bersejarah sebagai latar cerita bagi mempromosi keharmonian dan keamanan kepada masyarakat multi etnik di Malaysia. Usaha ini dipermudahkan dengan dasar yang diterapkan oleh kerajaan. Kemunculan internet terutamanya enjin pencarian telah membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengakses lebih banyak maklumat. Sementara itu, media sosial telah bertindak sebagai platform wacana publik dan bertukar-tukar fikiran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Artikulasi , Isu-isu sejarah , Kewartawanan , Penyiaran , Toleransi
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN4699-5650 Journalism. The periodical press, etc.
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Sep 2021 14:47
Last Modified: 28 Sep 2021 14:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29197

Actions (login required)

View Item View Item