Ancaman kidnapping for ransom (KFR) di Pantai Timur, Sabah: 2000-2018

Abdul Rashid Abdul Hamid and Ramli Dollah (2019) Ancaman kidnapping for ransom (KFR) di Pantai Timur, Sabah: 2000-2018.

[img] Text
Ancaman kidnapping for ransom (KFR) di Pantai Timur, Sabah 2000-2018 - Abstract.pdf

Download (63kB)
[img] Text
ANCAMAN KIDNAPPING FOR RANSOM (KFR) DI PANTAI TIMUR,.pdf
Restricted to Registered users only

Download (305kB) | Request a copy

Abstract

Semenjak pembentukan Persekutuan Malaysia, negara berhadapan dengan pelbagai ancaman keselamatan berbentuk tradisional seperti ancaman tuntutan Filipina ke atas Sabah dan Konfrontasi Indonesia. Namun, sejajar dengan perubahan masa, ancaman keselamatan tradisional sudah tidak lagi menonjol sebaliknya ancaman non-tradisional semakin mendapat tempat dalam perbincangan keselamatan nasional di Malaysia. Sabah yang terletak di wilayah timur Malaysia merupakan salah satu negeri yang banyak berhadapan dengan ancaman keselamatan non-tradisional khususnya ancaman jenayah rentas sempadan dan antaranya adalah “Kidnapping for Ransom’ (KFR). Kedudukan wilayah Pantai Timur Sabah sering terdedah kepada ancaman jenayah rentas sempadan khususnya di persempadanan maritim negeri. Pada masa yang sama, pergolakan yang berlaku di wilayah selatan negara jiran, Filipina merumitkan lagi usaha kerajaan Malaysia melaksanakan penguatkuasaan dasar keselamatan yang benar-benar berkesan bagi mengekang kemasukan anasir luar yang mengganggu-gugat keselamatan serta ketenteraman negeri Sabah. Dalam menelusuri perkembangan ancaman KFR yang berlaku di negeri Sabah semenjak tahun 2000, perbincangan di dalam makalah ini akan memfokuskan kepada beberapa isu utama iaitu pertama, individu atau kumpulan yang menjadi dalang; kedua, faktor berlakunya ancaman KFR; ketiga, modus operandi kumpulan KFR dan akhir sekali perbincangan ini turut menghuraikan statistik insiden KFR sepanjang tahun 2000 sehingga tahun 2018. Artikel ini berhujah bahawa konflik yang berlaku di negara jiran Filipina serta perkembangan ekonomi negeri Sabah merupakan indikasi utama yang menyebabkan Sabah terus berhadapan dengan ancaman KFR sehingga ke hari ini. Bagi menyiapkan makalah ini, penulis menggunakan metode penyelidikan kualitatif dengan pemerolehan data melalui teknik temu bual, kajian lapangan serta kajian perpustakaan yang turut di sokong oleh dokumen-dokumen rasmi dari daripada kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Item Type: Proceedings
Uncontrolled Keywords: Pantai Timur Sabah , Keselamatan non-tradisional , Kidnapping for ransom (KFR)
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV6001-7220.5 Criminology > HV6251-6773.55 Crimes and offenses
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 15:20
Last Modified: 24 Aug 2021 17:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30242

Actions (login required)

View Item View Item