Faktor penentu penglibatan komuniti dalam pembangunan chalet: kajian kes pinggir pantai daerah Marang, Terengganu

Ruzanna Syamimi Ramli and Jabil Mapjabil and Mohamad Pirdaus Yusoh and Arnold Samih and Mohd Jirey Kumalah and Johan Johnes and Jemmy Amanda Sipatau and Najwa Musain Musli @Thomas (2019) Faktor penentu penglibatan komuniti dalam pembangunan chalet: kajian kes pinggir pantai daerah Marang, Terengganu.

[img] Text
Faktor penentu penglibatan komuniti dalam pembangunan chalet, kajian kes pinggir pantai Daerah Marang, Terengganu-Abstract.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Faktor Penentu Penglibatan Komuniti dalam Pembangunan Chalet.pdf
Restricted to Registered users only

Download (349kB) | Request a copy

Abstract

Zon pinggir pantai dan pulau peranginan merupakan salah satu tumpuan utama industri pelancongan terutamanya dalam sektor kemudahan penginapan seperti resort pantai, chalet dan homestay. Pembangunan chalet atau resort pelancongan seiring dengan peredaran masa, bilangan resort ini bertambah apabila berlakunya permintaan percutian yang tinggi daripada pelancong. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor penentu penglibatan komuniti dan perebakan perusahaan chalet di pinggir pantai daerah Marang. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan iaitu kaedah temu bual bersama komuniti tempatan iaitu penduduk asal Terengganu yang merupakan pengusaha chalet pinggir pantai Marang. Selain itu, kaedah pemerhatian terhadap lokasi dan aktiviti digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati setiap pengusaha chalet mempunyai faktor penentu yang tersendiri dalam melibatkan diri dalam perusahaan chalet di pecan Marang. Faktor yang paling dominan adalah warisan keluarga. Pembangunan chalet pinggir pantai ini memberikan impak dan membawa perubahan terhadap sosioekonomi serta taraf hidup komuniti tempatan. Dengan itu, penglibatan komuniti yang aktif dan dinamik bukan sahaja sebagai pengusaha malah mereka turut berperanan dalam menggalakkan penglibatan penduduk lain untuk turut serta memajukan pembangunan chalet pinggir pantai di daerah ini.

Item Type: Proceedings
Uncontrolled Keywords: Faktor penentu , Pinggir pantai , Penglibatan komuniti , Perusahaan chalet
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT51-65 Human settlements. Communities
Divisions: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 17:27
Last Modified: 24 Aug 2021 17:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30256

Actions (login required)

View Item View Item