Interpretasi makna hidangan makanan dalam setiap pelaksanaan tingkat adat perkahwinan etnik Tidung di Pulau Sebatik

Nor Adila Samuri and Norhuda Salleh (2019) Interpretasi makna hidangan makanan dalam setiap pelaksanaan tingkat adat perkahwinan etnik Tidung di Pulau Sebatik.

[img] Text
Interpretasi makna hidangan makanan dalam setiap pelaksanaan tingkat adat perkahwinan etnik Tidung di Pulau Sebatik-Abstract.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Interpretasi Makna Hidangan Makanan dalam Setiap Pelaksanaan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (738kB) | Request a copy

Abstract

Makanan adalah merupakan suatu elemen yang dipersepsikan sebagai amat kaya dengan perlambangan yang bertindak dalam sesuatu adat atau tradisi bagi sesebuah masyarakat. Perkara ini dinyatakan sedemikian kerana makanan secara amnya dipercayai berfungsi untuk menandakan sistem kepercayaan, amalan agama dan idelogi yang rumit tanpa dibatasi oleh bilangan populasi masyarakat yang dirujuk serta tidak dibatasi oleh persempadanan yang wujud. Sehubungan itu, pengimplementasian makanan sebagai perlambangan dalam etnik Tidung yang mana dirujuk sebagai etnik di persempadanan dilihat turut mempunyai pengaruh dalam menyampaikan makna secara bukan lisan. Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini berhasrat untuk menganalisis interpretasi makna makanan yang dihidangkan dalam setiap pelaksanaan tingkat adat perkahwinan etnik Tidung di Pulau Sebatik Sabah. Kajian menggunakan pendekatan etnografi dengan pengkaji turut serta dalam setiap tingkat adat yang dilaksanakan. Data diperoleh melalui temu bual mendalam bersama informan utama, mak andam dan pengamal adat. Akhirnya, hasil kajian mendapati hidangan makanan yang dihidangkan dalam setiap pelaksanaan tingkat adat perkahwinan etnik Tidung di Pulau Sebatik ini mempunyai makna yang tersendiri seperti makna yang berunsurkan kebahagiaan kehidupan, hormat-menghormati dan juga ikatan keakraban sesebuah perhubungan.

Item Type: Proceedings
Uncontrolled Keywords: Makanan , Adat , Perkahwinan etnik Tidung , Pulau Sebatik
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 19:00
Last Modified: 24 Aug 2021 19:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30297

Actions (login required)

View Item View Item