Etika kerja etnik Bugis di Sabah: satu kajian di organisasi awam

Aishah Tamby Omar and Asmiaty Amat (2017) Etika kerja etnik Bugis di Sabah: satu kajian di organisasi awam. MANU, 25. pp. 75-86. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)

[img] Text
Etika Kerja Etnik Bugis di Sabah Satu Kajiandi Organisasi Awam FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (453kB)
[img] Text
Etika Kerja Etnik Bugis di Sabah_ Satu Kajian di Organisasi Awam ABSTRACT.pdf

Download (60kB)

Abstract

Kepelbagaian etnik dalam organisasi merupakan perkara utama yang sering kali menjadi perbincangan di peringkat pengurusan sumber manusia. Setiap etnik tersebut telah membentuk satu nilai, kepercayaan dan pandangan yang tersendiri terhadap pelaksanaan tugas yang dilakukan di tempat kerja. Etnik Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah dan secara tidak langsung menjadi penyumbang terhadap tenaga kerja dalam organisasi awam. Kepelbagaian etnik tersebut memerlukan seorang pengurus yang peka terhadap etika kerja setiap etnik kerana ia mampu menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti etika kerja etnik Bugis serta perbezaan etika kerja antara lelaki dan perempuan. Seramai 144 orang pekerja yang bekerja di organisasi awam sekitar Kota Kinabalu dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Borang soal selidik mengandungi demografi responden dan juga Multidimensional Work Ethic Profile (MWEP) yang diperkenalkan oleh Miller et al. (2002). Data akan dikumpul dan dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 22. Hasil kajian menunjukkan bahawa etika kerja etnik Bugis adalah bekerja keras ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, tidak terdapat perbezaan etika kerja antara lelaki dan perempuan etnik Bugis. Akhir sekali, hasil kajian ini dapat menyumbang kepada perancangan strategik sumber manusia terhadap satu garis panduan etika kerja yang boleh diamalkan oleh setiap individu dalam organisasi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Etika kerja , Etnik Bugis, Organisasi awam , Tenaga kerja , Nilai
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6050-6305 Classes of labor Including women, children, students, middle-aged and older persons, minorities
Divisions: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Sep 2021 12:25
Last Modified: 20 Sep 2021 12:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30330

Actions (login required)

View Item View Item