Isu dan pendefinisian semula digital poverty dalam pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) secara atas talian

Syahruddin Ag. Ahmad and Sitinurbayu Mohd. Yusof (2021) Isu dan pendefinisian semula digital poverty dalam pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) secara atas talian. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 9. pp. 104-113. ISSN 2289-859X

[img] Text
Isu dan pendefinisian semula digital poverty dalam pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) secara atas talian.pdf

Download (44kB)
[img] Text
Isu dan pendefinisian semula digital poverty dalam pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) secara atas talian1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (238kB)

Abstract

Pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) berdepan cabaran getir apabila pelajar Universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa berada di rumah atau lokaliti masing-masing bagi menjayakan sesi kuliah, tutorial dan penyeliaan berbanding sebelum era pandemik covid-19. Kajian kuantitatif yang melibatkan 285 orang pelajar yang terdiri daripada 53 orang siswa dan 232 orang siswi di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dijalankan menerusi edaran borang soal selidik secara pautan borang Google berpandukan pengkalan data seramai 3600 orang residen dalam kalangan pelajar pra siswazah di Kolej Kediaman Tun Pengiran untuk memastikan seseorang mahasiswa itu dapat menamatkan pengajiannya secara sempurna. Data kajian ini mendorong penyelidik untuk mengemukakan syor definisi baharu bagi istilah “digital poverty” yang tidak terhad kepada pemilikan gajet semata-mata tetapi juga masa, ruang dan sokongan moral ke atas pelajar untuk terlibat secara optimum dalam perancangan pengajian yang disediakan oleh Universiti menerusi pensyarah masing-masing. Ruang belajar yang sesuai sebagai tempat pelajar terlibat aktif dan konsisten dalam PPdP ini juga menuntut kerjasama ahli keluarga sebagai sebahagian daripada persekitaran yang kondusif bagi menyokong keperluan menjayakan PPdP yang berkenaan. Kajian ini juga membawa satu anjakan paradigma baharu daripada pemahaman bahawa “digital poverty” hanya terpakai kepada takrif ketiadaan gajet dan kualiti akses internet dalam kalangan pengguna kepada satu definisi baharu iaitu kekurangan daripada segi material, ketercapaian isyarat rangkaian internet dan ketersediaan tempat yang sesuai untuk sesi PPdP. Pendefinisian semula “digital poverty”dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khasnya ini membawa bersama perspektif baharu tentang peranan manusia dan teknologi digital sebagai saling berkaitan antara satu sama lain.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Gajet , Digital poverty , Pengajaran , Pembelajaran dan penyeliaan , PPdP , Akses internet , Sokongan moral , Ruang belajar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Sep 2021 08:06
Last Modified: 22 Sep 2021 08:06
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30423

Actions (login required)

View Item View Item