Reka corak dan simbolisme motif pinakol dalam pakaian masyarakat Rungus di Sabah

Siti Fariza Mahfar and Humin Jusilin (2017) Reka corak dan simbolisme motif pinakol dalam pakaian masyarakat Rungus di Sabah. Gendang Alam, 7. pp. 1-18. ISSN 2180-1738

[img] Text
Reka corak dan simbolisme motif pinakol dalam pakaian masyarakat Rungus di Sabah.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Reka corak dan simbolisme motif pinakol dalam pakaian masyarakat Rungus di Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Manik merupakan salah satu bahan dalam seni kraf awal yang dicipta seiring dengan kemunculan tamadun manusia. Masyarakat Rungus di Sabah amat terkenal dengan penggunaan seni manik dalam pakaian, ritual dan adat istiadat yang diturunkan sejak zaman berzaman. Manik diperbuat daripada pelbagai material yang mengandungi berbagaibagai bentuk dan warna. Pada umumnya, manik dicipta sebagai barang perhiasan tubuh dan kemudiannya berkembang menjadi bahan bekalan di kubur, keagamaan, mata wang, hantaran kahwin, azimat, ritual, simbol kemewahan dan sebagai hadiah harta pusaka. Sejarah menunjukkan bahawa bahan manik menjadi material terpenting dalam perdagangan di Asia Tenggara dan sering ditemui di tapak-tapak arkeologi. Perkembangan ini sinonim dengan penemuan bahan manik dalam kalangan masyarakat Rungus, iaitu pengguna tegar bahan manik di kawasan Borneo. Kearifan pemikiran masyarakat Rungus digambarkan dalam pelbagai imej reka corak yang dihasilkan. Setiap corak dan motif manik memaparkan simbolisme yang menggambarkan pemikiran serta pandangan hidup mereka. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kerja lapangan bagi mengumpul data dan menganalisis reka corak dan motif manik. Hasil kajian menunjukkan bahawa motif seni manik diilhamkan berlandaskan simbol-simbol tumbuhan, haiwan dan alam. Keunikan identiti dan pemikiran masyarakat Rungus melalui seni manik harus didokumentasi sebagai satu warisan etnik yang kaya dengan maksud yang tersirat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Reka Corak , Motif , Pinakol , Pemikiran , Simbolisme , Masyarakat Rungus
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc.
N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general > NX280-410 Study and teaching. Research
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2021 11:28
Last Modified: 22 Oct 2021 11:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30582

Actions (login required)

View Item View Item