Nilai estetika dalam penghasilan rekaan seramik kontemporari berinspirasikan motif etnik Borneo

Norhayati Ayob and Humin Jusilin (2016) Nilai estetika dalam penghasilan rekaan seramik kontemporari berinspirasikan motif etnik Borneo. Gendang Alam, 6. pp. 77-88. ISSN 2180-1738

[img] Text
Nilai estetika dalam penghasilan rekaan seramik kontemporari berinspirasikan motif etnik Borneo.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Nilai estetika dalam penghasilan rekaan seramik kontemporari berinspirasikan motif etnik Borneo1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Karya seni seramik adalah manifestasi perasaan dan fikiran yang terhasil melalui beberapa teknik dan bentuk penghasilannya. Nilai estetika dalam seni seramik atau tembikar dikaitkan dengan konsep keindahan. Seni seramik wujud dalam pelbagai bentuk utiliti seperti pinggan mangkuk, perabot, seni perhiasan dan sebagainya. Ia mempunyai tafsiran yang luas dan bukan hanya dilihat pada elemen formal tetapi juga memancarkan perspektif adat dan budaya tradisi masyarakat. Penghasilan seni seramik yang kontemporari dizahirkan mengikut kepakaran dan kreativiti dalam sesebuah karya. Artikel ini bersifat kajian studio yang bertujuan untuk menjelaskan proses artistik dan interpretasi elemen formal pada karya seramik bersumberkan imej motif linangkit masyarakat Lotud di Tuaran. Kaedah kajian studio beroperasi sebagai memilih teknik dan bahan serta menstruktur elemen formal untuk mengenal pasti nilai estetika dalam seni seramik. Kajian artistik dan analisis formal menunjukkan bahawa faktor ekspresi pemikiran, bahan, teknik, konteks budaya dan masyarakat mempengaruhi penghasilan seramik kontemporari yang bernafaskan motif etnik Borneo. Keunikan linangkit sebagai karya baharu, menjelaskan idea yang kreatif berasaskan olahan dan inovasi daripada motif alam semula jadi. Pembuatan karya yang berunsurkan motif peribumi Borneo adalah salah satu langkah untuk melestarikan warisan budaya dalam olahan seramik kontemporari.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Nilai estetika , Seni seramik , Formalistk , Motif , Rekaan kontemporari
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts > NK3600-(9990) Other arts and art industries > NK3700-4695 Ceramics
Divisions: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2021 15:52
Last Modified: 22 Oct 2021 15:52
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30596

Actions (login required)

View Item View Item