Potensi membangunkan program homestay dan penglibatan komuniti di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Harhamsah Hairal and Rosazman Hussin (2021) Potensi membangunkan program homestay dan penglibatan komuniti di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 7. pp. 37-55. ISSN 2462-2095

[img] Text
Potensi membangunkan program homestay dan penglibatan komuniti di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Potensi membangunkan program homestay dan penglibatan komuniti di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (396kB) | Request a copy

Abstract

Program homestay dan penglibatan ahli komuniti merupakan salah satu inisiatif membangunkan komuniti di luar bandar di Sabah dan Malaysia amnya. Ini kerana, pelaksanaan program homestay merupakan penyumbang kepada peningkatan pendapatan ekonomi negara dan sekaligus membantu meningkatkan sosioekonomi ahli komuniti yang terlibat. Dalam hal ini, bagi merealisasikan pembangunan program homestay di Pulau Gaya terdapat beberapa faktor yang yang harus diteliti dan diambil kira bagi membuktikan sama ada Pulau Gaya berpotensi untuk pembangunan program homestay. Oleh itu, kajian ini cuba melihat potensi membangunkan program homestay dan penglibatan ahli komuniti di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Pengumpulan data kajian ini, penyelidik telah mengaplikasikan kaedah mixed methods. Melalui kaedah kuantitatif penyelidik telah melakukan soal selidik ke atas 150 responden iaitu ketua isi rumah atau wakil mereka. Manakala, kaedah kualitatif penyelidik telah menemubual 15 informan (Stakeholder) berdasarkan persampelan bertujuan. Hasil kajian ini, menunjukkan potensi membangunkan program homestay dan penglibatan ahli komuniti adalah tinggi berdasarkan data soal selidik iaitu menunjukkan sebanyak 101 orang atau 67.33 peratus responden bersetuju untuk menyertai program homestay. Di samping itu, melalui analisis SWOT juga menunjukkan bahawa ahli komuniti Pulau Gaya berpotensi membangunkan program homesray kerana, aspek kekuatan dan peluang dalam analisis SWOT menunjukkan lebih tinggi berbanding aspek kelemahan dan ancaman. Hal ini, menunjukkan bahawa ahli komuniti Pulau Gaya mempunyai potensi yang tinggi. Oleh itu, hasil kajian ini menujukkan bahawa Pulau Gaya mempunyai potensi membangunkan program homestay disebabkan adanya penglibatan ahli komuniti.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Potensi , Penglibatan ahli komuniti , Program Homestay , Pulau Gaya
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX901-946.5 Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Divisions: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Dec 2021 15:56
Last Modified: 28 Dec 2021 15:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30854

Actions (login required)

View Item View Item