Modul regulasi emosi Rasulullah SAW ke arah kesejahteraan mental belia

AID Conference (2021) Modul regulasi emosi Rasulullah SAW ke arah kesejahteraan mental belia. PPPI/UGC_0119/FKP/051000/13119.

[img] Text
Modul regulasi emosi Rasulullah SAW ke arah kesejahteraan mental belia-ABSTRACT.pdf

Download (56kB)
[img] Text
Modul Regulasi Emosi Rasulullah Saw Ke Arah Kesejahteraan Mental Belia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (78kB) | Request a copy

Abstract

Belia adalah golongan utama yang perlu dibentuk sebaik mungkin terutama dalam aspek regulasi emosi bagi mengurangkan masalah kesihatan mental yang boleh membawa kepada tindakan-tindakan yang tidak waras. Kajian ini membentuk modul regulasi emosi dengan mengintegrasi teori regulasi emosi sedia ada dengan pendekatan Rasulullah SAW yang dikenali sebagai modul regulasi emosi gaya Islam. Modul regulasi emosi memberi tumpuan kepada cara regulasi emosi mengikut pendekatan Rasulullah. Modul regulasi emosi mengikut pendekatan Rasulullah ini penting bagi membantu individu mempelajari dan mengenalpasti emosi dan teknik meregulasi emosi yang betul mengikut pendekatan Rasulullah. Modul ini boleh diaplikasi kepada semua umat Islam. Motivator, fasilitator, perunding professional, ahli terapis profesional pelbagai bidang serta mereka yang berminat di dalam profesion menolong boleh menggunakan modul regulasi emosi ini.

Item Type: Patent
Additional Information: Dalam kajian ini, satu modul regulasi emosi gaya Islam dibina untuk kegunaan para kaunselor dan terapis untuk membantu belia yang tidak dapat mengawal emosi bagi mengelakkan mereka dari mengalami masalah kesihatan mental. Pembinaan modul ini melibatkan proses modifikasi ke atas teori regulasi emosi sedia ada. Intergrasi antara teori regulasi emosi dan elemen-elemen daripada pendekatan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW menghasilkan satu modul yang lebih holistik dan sempurna. Elemen-elemen kerohanian yang ada dalam diri individu dan kemampuan mewujudkan hubungan kerohanian yang rapat dengan Tuhannya dipercayai memberi impak yang positif kepada individu sekaligus memberi kesan yang baik kepada pembangunan negara.
Uncontrolled Keywords: Modul , Islam , Mental , Belia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ793-799.2 Youth. Adolescents. Teenagers
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Nov 2021 17:01
Last Modified: 25 Nov 2021 17:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31150

Actions (login required)

View Item View Item