Sejarah pembangunan bandaraya Kota Kinabalu, 1881-1962

Zainuddin Baco and Bilcher Bala (2021) Sejarah pembangunan bandaraya Kota Kinabalu, 1881-1962. Jurnal Borneo Akhailogia Heritage, Archaeology and History, 6. pp. 1-22. ISSN 2600-8726

[img] Text
Sejarah pembangunan bandaraya Kota Kinabalu.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Sejarah pembangunan bandaraya Kota Kinabalu1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Bandaraya Kota Kinabalu merupakan antara bandar awal terancang yang diwujudkan oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada Julai 1889. Dari aspek sejarah, penubuhan bandar ini berkait rapat dengan langkah pembinaan sistem pengangkutan kereta api di kawasan pantai barat Borneo Utara. Walaupun sekitar tahun 1889 sehingga tahun 1942 telah memperlihatkan Bandar Jesselton berkembang dengan lebih perlahan berbanding Bandar Sandakan (Elopura), tetapi pasca Perang Dunia Kedua telah memperlihatkan Bandar Jesselton menjadi ibu negeri Borneo Utara. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan tumpuan pembangunan dan ekonomi adalah ke arah wilayah ini. Justeru, untuk mengembalikan satu sistem pentadbiran yang tersusun di Borneo Utara, maka langkah pembinaan semula dan pembangunan infrastruktur kekal dilaksanakan dengan begitu pesat seperti pembinaan kekal bangunan pentadbiran, rumah penjawat awam, deretan kedai, landasan kapal terbang, hospital dan lain-lain. Langkah pembangunan infrastruktur dan ekonomi di wilayah ini telah menyebabkan Bandar Kota Kinabalu menjadi sebuah bandar raya pada tahun 2000. Oleh itu, artikel ini akan memperincikan sejarah pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu dari tahun sebelum 1881 sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Perincian sejarah pembangunan ini akan diteliti berdasarkan empat fasa penting, iaitu (i) Kota Kinabalu sebelum tahun 1899; (ii) Kota Kinabalu era pentadbiran BNBCC (1898-1942); (iii) Kota Kinabalu era pendudukan Jepun (1942-1945); (iv)Kota Kinabalu Pasca Perang Dunia Kedua (1945-1962).

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kota Kinabalu , Bandar raya , Sejarah , Warisan bina , Pengurusan warisan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Nov 2021 06:46
Last Modified: 24 Nov 2021 06:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31166

Actions (login required)

View Item View Item