Persepsi pelajar universiti terhadap pegawai zat makanan dan pegawai dietetik

Wong, Alex Hua Chung (2009) Persepsi pelajar universiti terhadap pegawai zat makanan dan pegawai dietetik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000496.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Profesion pegawai zat makanan (PZM) dan pegawai dietetik (PD) sering mengelirukan orang ramai. Kajian telah dilakukan dan borang soal selidik diedarkan di kalangan pelajar universiti di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, (n=422, m=132:22.0 ± 1.43; f=290:22.14 ± 1.50). Objektif kajian keratan rentas ini adalah memahami kebolehan pelajar universiti membezakan profesion PZM dan PD. Responden dibahagikan kepada 3 kumpulan utama: (1) Pelajar yang beraliran sains dan teknologi, (2) Pelajar yang beraliran sains berkaitan dengan kesihatan dan makanan, dan (3) Pelajar yang beraliran kemanusiaan. Pelajar universiti kurang memahami deskripsi kerja PZM dan PD. Mereka keliru dengan deskripsi kerja PZM dan PD. Pelajar perempuan mempunyai pemahaman yang lebih mendalam dalam membezakan profesion PZM dan PD. Pelajar dari aliran sains kesihatan dan makanan mempunyai pemahaman yang mendalam dalam membezakan deskripsi kerja PZM dan PD. Pelajar sains lebih berpengetahuan berbanding dengan pelajar sastera dalam membezakan deskripsi kerja PZM dan PD. Dalam kajian, borang soalselidik Parmenter & Wardle (1999) telah diubahsuai dan digunakan untuk memahami tahap pengetahuan pelajar universiti. Dalam skor pengetahuan pemakanan, pelajar perempuan mempunyai skor yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki (min=68.549±14.637) mana kala pelajar dari aliran sains kesihatan dan makanan mempunyai skor yang lebih tinggi berbanding pelajar dari aliran sains dan teknologi dan kemanusian (min= 71.789 ± 11.458). Dalam kolerasi Sperman's rho, didapati bahawa terdapat kolerasi yang signifikan dalam skor pengetahuan pemakanan dengan persepsi pelajar universiti terhadap pegawai zat makanan dan pegawai dietetik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Nutritionists, Dietitians, Profession
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA773-788 Personal health and hygiene Including clothing, bathing, exercise, travel, nutrition, sleep, sex hygiene
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 28 Feb 2012 14:51
Last Modified: 23 Oct 2017 09:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3486

Actions (login required)

View Item View Item