Regenerasi pucuk dari petiol Centella Asiatica

UNSPECIFIED (2003) Regenerasi pucuk dari petiol Centella Asiatica. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001252.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan kesan kombinasi kepekatan hormon BAP dan NAA dalam media MS dan separuh MS bagi merangsang regenerasi pucuk Centella asiatica dari eksplan petiol. Centella asiatica diperolehi dari stok pokok yang ditanam di rumah hijau UMS. Dua kaedah pensterilan telah digunakan untuk pensterilan eksplan petiol C. asiatica diuji. Untuk pensterilan eksplan, dua kepekatan fungisid yang berlainan telah digunakan, ia itu 100mg/I fungisid pada kaedah pensterilan 1 dan 200mg/I fungisid pada kaedah pensterilan II. Dua jenis antibiotik (ampicillin dan quilaxime) telah digunakan dalam kedua-dua kaedah pensterilan dengan kepekatan yang sarna (50mg/I). Dua kepekatan klorox 15% (v/v) bagi kaedah pensterilan 1 dan 10% (v/v) bagi kaedah pensterilan II telah digunakan. Sebanyak 18 kombinasi hormon BAP (2.0mg/l, 5.0mg/I, 10.0mg/I) dan NAA (0.0mg/I.- 0.5mg/I) dalam media MS dan Y2 MS telah diuji untuk penjanaan pucuk. Untuk mengurangkan kadar kontaminasi, antibiotik cefotaxime (300mg/l) telah ditambahkan ke dalam semua media yang digunakan untuk mengkultur eksplan. Peratus kontaminasi eksplan oleh bakteria telah berkurang dari 21.2% ± 11.7 ke 6.7% ± 1.4, manakala kontaminasi oleh fungi pula telah berkurangan dari 23.5% ± 7.6 ke 8.7% ± 6.9 apabila menggunakan kaedah pensterilan II. Eksplan yang dikulturkan pada semua media membentuk kalus .. Bagi regenerasi pucuk, hanya kalus pada eksplan dalam media MS dengan kombinasi BAP (2.0mg/I) dan NAA (0.0mg/I) telah menghasilkan pucuk (8.4% ± 11.8). Regenerasi adalah melalui organogenesis.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Centella aciatica, sterilization, antibiotic, contamination, regeneration
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Aug 2013 12:58
Last Modified: 23 Oct 2017 15:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6680

Actions (login required)

View Item View Item