Kesan suntikan Rhizobium dan Mikoriza ke atas pembintilan dan penghasilan kacang soya (Glycine Max Merrill)

Fiona Anak Dakon (2005) Kesan suntikan Rhizobium dan Mikoriza ke atas pembintilan dan penghasilan kacang soya (Glycine Max Merrill). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002583.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Percubaan ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan suntikan Rhizobium sahaja, mikoriza sahaja dan gabungan Rhizobium + mikoriza ke atas pembintilan dan penghasilan kacang soya (Glycine max. Merill). Rawatan suntikan terdiri daripada kawalan (tanpa Rhizobium atau mikoriza), 50 g mikoriza sahaja, Rhizobium sahaja dan kombinasi Rhizobium + 50 g mikoriza. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah rekabentuk rawak lengkap dengan empat rawatan dan enam replikasi. Penuaian dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada peringkat pembungaan pokok dan peringkat lenggai matang. Parameter yang dinilai adalah bilangan bintil, berat kering bintil, akar, batang, daun, bilangan lenggai, biji, saiz biji, hasil biji dan peratus penyeleraian biji. Min tertinggi bagi suntikan mikoriza sahaja dicapai bagi berat kering batang sebanyak 8.14 g per pokok. Manakala pokok yang diberi suntikan Rhizobium sahaja, min tertinggi diperolehi bagi berat kering akar (2.54 g/pokok) tetapi perbezaan ini adalah tidak signifikan, bilangan biji (105.3 biji/pokok), berat 100 biji saiz biji (14.9 g/pokok), hasil biji (16.2 g/pokok) dan peratus penyeleraian sebanyak 81.7 peratus. Pokok yang diberi suntikan kombinasi Rhizobium + mikoriza pula, min tertinggi diperolehi bagi bilangan bintil (7.83 biji/pokok), be rat kering bintil (0.04 g/pokok), berat kering daun (7.21 g/pokok) dan bilangan lenggai (47.8/pokok) tetapi perbezaan lenggai adalah tidak signifikan. Keputusan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa suntikan Rhizobium sahaja, mikoriza sahaja atau kombinasi Rhizobium + mikoriza meningkatkan pembintilan, tumbesaran batang, perkembangan daun, bilangan biji, saiz biji dan hasil biji kacang soya. Bilangan lenggai dan perkembangan akar pula tidak dipengaruhi secara signifikan oleh suntikan Rhizobium dan mikoriza. Pokok kawalan tidak memberi respon positif terhadap mana-mana parameter yang diuji.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Rhizobium , mycorrhiza , nodulation , soya bean (Glycine max. Merill), soil
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 30 Mar 2015 15:59
Last Modified: 25 Oct 2017 14:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10702

Actions (login required)

View Item View Item