Kajian ke atas minat pelajar bidang pertanian di institusi pengajian tinggi terhadap kerjaya di sektor perladangan sawit

Zulfadlie Johansah (2011) Kajian ke atas minat pelajar bidang pertanian di institusi pengajian tinggi terhadap kerjaya di sektor perladangan sawit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003140.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kelapa sawit dan produknya merupakan penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan Malaysia iaitu berjumlah RM4.4 bilion atau 9.3% daripada jumlah keseluruhan eksport negara pada Februari 2010. Selanjutnya, Malaysia menyumbang 39% kepada pengeluaran hasil minyak sawit dunia. Oleh itu, industri yang semakin berkembang ini akan menyediakan banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian. Kajian yang telah dilakukan oleh Jabatan Pertanian kepada 26 ladang sawit di Malaysia menunjukkan bahawa terdapat 726 kekosongan jawatan eksekutif yang wujud sehingga November 2010. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji minat mahasiswa bidang pertanian di institut pengajian tinggi (IPT) terhadap peluang pekerjaan di ladang sawit. Sebuah kaedah tinjauan melalui borang kaji selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada 198 mahasiswa bidang pertanian dari Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah. Responden ini dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak. Keputusan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar responden lelaki dan sekitar 60% dari responden perempuan menyatakan bahawa mereka berminat untuk bekerja di sektor perladangan sawit. Faktor yang menarik minat mahasiswa adalah faktor gaji dan bonus tahunan yang tinggi serta kos sara hid up yang rendah. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan para responden kurang berminat untuk bekerja di ladang sawit disebabkan oleh suasana yang dikelilingi oleh pekerja asing, kurangnya kegiatan sosial dan jaminan keselamatan, serta mereka lebih berminat untuk bekerja sendiri.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: CiJreer in oil palm plantation, interest of agricultural students, causal factors
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 24 Oct 2016 15:15
Last Modified: 10 Oct 2017 16:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14752

Actions (login required)

View Item View Item