Pembentukan model lakon dekonis dalam pementasan dekon versi makum

Mazrona Kalinggalan (2016) Pembentukan model lakon dekonis dalam pementasan dekon versi makum. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pembentukan model lakon dekonis.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Dekonis merupakan salah satu daripada elemen penting dalam sebuah pementasan Dekon versi MAKUM. Seperti pelakon di dalam genre seni pementasan lain, dekonis juga mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Bagaimanapun terdapat ciri-ciri tertentu yang perlu diketahui oleh para dekonis dalam menjalankan peranannya sebagai dekonis untuk memastikan sebuah pementasan Dekon versi MAKUM itu dapat dipersembahkan mengikut coraknya. Kajian ini meneliti khusus mengenai dekonis di dalam Dekon versi MAKUM dengan membuat pengenalpastian, pengumpulan dan penghuraian mengenai ciri-ciri dekonis di dalam sebuah pementasan Dekon versi MAKUM dan mengukur tahap pengaplikasian setiap ciri tersebut di dalam dua belas pementasan Dekon versi MAKUM sepanjang tahun 2009 sehingga 2010. Kajian dijalankan dengan membuat pengumpulan informasi melalui kajian kepustakaan dan informan dalam mengenalpasti dan menghuraikan setiap pelaksanaan ciri-ciri dekonis. Manakala analisis kandungan dilakukan untuk mengukur tahap pengaplikasian setiap ciri berkenaan. Ruang lingkup kajian ini adalah terhad terhadap dekonis di dalam dua belas pementasan yang terpilih sepanjang tempoh empat tahun penganjuran Festival Dekon versi MAKUM. Proses perincian dan analisis bagi setiap ciri dekonis ini merupakan satu penelitian dalam melihat tahap kefahaman setiap dekonis mengenai setiap ciri tersebut. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi satu panduan dan rujukan khusus bagi dekonis dalam melaksanakan peranannya dalam mementaskan Dekon versi MAKUM.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Dekon MAKUM performance, performing arts, Dekonis
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Nov 2017 10:16
Last Modified: 20 Nov 2017 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16859

Actions (login required)

View Item View Item